SOLAT FARDU BUKAN KERJA SAMPINGAN!

Solat fardu itu wajib. lima kali ssehari kita berinteraksi dengan Allah secara fokus ,sedar dan langsung. Oleh itu kena bersungguh-sungguh bukan sambil lewa atau kerja sampingan. Jangan sesekali datang solat tergesa-gesa. solat tergesa-gesa dan meninggalkan solat tergesa-gesa. Adakah kita datang berjumpaNya dengan tergesa-gesa sebagaimana jumpa kawan dengan tergesa-gesa kerana ada urusan lain yang lebih mustahak?. Adakah kita berinteraksi denganNya dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak fokus kerana ada perkara lain yang harus kita fokus?Adakah kita sanggup meninggalkanNya dalam keadaan tergesa-gesa kerana ada urusan yang lebih penting dariNya? Mengadap Allah itu penting dan yang selainnya adalah sampingan. Kita MESTI membezakannya.Kena fokus 100% apabila datang kepadaNya, apabila berinteraksi denganNya dan sebelum ke mana-mana yang merupakan sampingan semata-mata.

Leave a Reply