SOLAT BERJEMAAH LIMA WAKTU PERLU PERANCANGAN JANGKA PENDEK DAN PANJANG

Apa yang akan beberapa saat akan datang hanya Allah yang Maha Mengetahuai, apa lagi beberapa jam, hari, minggu, bulan dan tahun yang akan datang! Namun, kita boleh membuat perancangan berdasarkan rutin kehidupan seharian kita. Untuk istiqamah solat berjemaah lima waktu amat perlu kita merancang bermula dari solat fardu Subuh. Kita kena ada perancangan di mana solat fardu lain kita akan berjemaah. Perancangan juga perlu jika dalam keadaan tertentu perancangan awal kita berubah secara tiba-tiba. Memastikan kita berada di saf apabila solat berjemaah akan dimulakan dan sebaiknya kita berjaya menunaui solat qabliah sebelumnya adalah yang terbaik. dan yang paling baiknya kita berjaya melaksanakan solat sunat wuduk dan tahiyatul masjid. Sebaiknya perancangan ini boleh dirangka sehari sebelumnya atau selewatnya sebaik bangun daripada tidur. Jika mingguan ada perubahan secara tiba-tiba, maka perancagannya perlu diawal minggu supaya perancangan untuk solat berjemaah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perancangan yang teliti membantu kita melaksanakan suruhanNya dengan jayanya sebagaimana kita merancang kehidupan duniawi kita. SELAMAT MERANCANG UNTUK SOLAT BERJEMAAH LIMA WAKTU SECARA ISTIQAMAG SEPANJANG HAYAT KITA,

Leave a Reply