SOLAT BERJAMAAH, BAGAIMANA MENGEKALKANNYA SECARA ISTIQAMAH

Solat fardu berjamaah adalah sangat dituntut sehinggakan Nabi Muhammad S.A.W mengancam untuk membakar rumah orang yang tidak datang berjemaah. Kecuali dengan sebab syarie makan solat berjemaah adalah satu kewajipan.Kita mesti mempunyai bahawa apa sahaja yang diperintahNya pasti mampu dilakukan oleh hambaNya. Cumanya ilmu yang membataskan amalan kita. Pada kebiasaan jika kita mengatur jadual ibadat dan kerjaya kita, maka kita tidak mempunyai masalah untuk solat Fardu Subuh, Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Bagi mereka yang berkerjaya iaitu berkerja waktu pejabat yang mana masuknya waktu solat dalam keadaan yang kita masih melaksanakan amanah kerja kita. Bagi keadaan terdesak menyebabkan kita terhalang berjamaah tepat pada waktunya. Allah itu MAHA ADIL dan DIA pastakan menyediakan ruang pilihan. Di antaranya-:
i. Bentuk jemaah di kalangan kita sama ada keluarga, kenalan atau rakan sekerja.
ii. Hadir solat di masjid atau surau kerana di sana pasti ada insan yang senasib dengan yang terhalang untuk berjamah awal waktu, maka kita pasti dapat membentuk solat berjamah.Atau jadi saja makmum kepada sesiapa yang sedang bersolat walaupun kita kita pasti orang itu solat fardu atau sunat.
iii. Pastikan lokasi kita berada itu ada masjid atau surau yang hampir yang dapat kita mengambil peluang untuk solat berjamaah.

Sesungguh kita tidak akan kerugian apa-apa jika meninggalkan seketika sesuatu majlis berkaitan keduniaan untuk hadir berjamaah. Pada kebiasaan dalam program brebentuk keagamaan, tantatifnya termasuk solat.Sebenarnya terdapat berbagai ruang dan cara, cuma daripada diri kita sahaja kerana ruang tetap Allah sediakan untuk kita melaksanakan suruhanNya. Allah MAHA ADIL.

Leave a Reply