SOLAT BERJAMAAH – APAKAH PENGHALANG UNTUK ISTIQAMAH?

Solat berjamaah merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda akan solat berjemaah walaupun dalam situasi sakit sekali. Sehingga baginda ingin membakar rumah orang yang tidak datang berjamaah. Orang buta sekalipun sendainya mendengar seruan azan menjadi kewajibannya untuk hadir berjemaah. Banyak lagi kisah-kisah dari hadis baginda yang menekan kewajiban solat berjamaah.

Apakah suatu suatu yang sukar dan mustahil untuk istiqamah berjamah lima waktu sehari semalam? Jawapan “YA” bagi mereka yang tidak mencubanya dan “TIDAK” bagi merekalah telah berjaya melaksanakannya secara istiqamah.

Halangan yang dihadapi disertakan dengan seribu satu alasan. Alasan-alasan ini telah dihurai dalam artikel sebelum ini. Sebenarnya alasan tersebut akan mansuh jika halangan utama dapat diatasi. Apakah HALANGANnya?

JAHIL dalam ilmu agama terutama berkaitan fardu ain dan hukum-hukum fekah merupakan penghalang utama. Ilmu untuk mendapat pahala jamaah berkaitan hukum muafik atau masbuk, Syarat-syarat yang melayakkan mendapat pahala jemaah dalam berbagai situasi perlu diperdalami. Apabila kita mendalami ilmu-ilmu tersebut barulah kita menyedari bagaimana untuk meraih pahala berjamaah walau pun dalam situasi apa dan di mana sekalipun.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan pahala berjamaah lima waktu sehari semalam dan dalam apa situasi sekalipun.

Pertama: Pastikan kita hadir ke masjid atau surau tepat pada waktunya apabila tiada urusan rasmi.

Kedua: Apabila ada urusan rasmi yang tidak dapat dielakan yang menyebabkan kita lewat ke masjid atau surau, maka carilah orang yang sedang berjemaah dan jadikanlah diri kita makmur. Sekiranya tiada kumpulan orang berjamaah, carilah orang yang sedang solat(tanpa mengira apakah solat yang sedang dijalankan maka jadilah makmurnya. Seandanya kita di dalam kumpulan dua orang ke atas, kita bentuklah jemaah denga memilih imam di kalangan kita. Dalam situasi ini, selalunya masalah timbul kerana tiada yang ingin menjadi imam berdasarkan alasan tidak mempunyai kemampuan. Di sinilah “PUNCANYA” iaitu tiada yang sanggup menjadi imam. “PUNCANYA” ialah tiada ilmu. Terutama tidak yakin dengan bacaannya. Jadi, seandainya kita tidak yakin dengan bacaan kita bagaimana denga solat kita sendiri semasa kita solat bersendirian? Adakah kita yakin sah jika solat bersendirian sedangkan kita tidak yakin dengan bacaan kita? Sampai bila kita akan melakukan solat dalam keadaan kita tidak yakin? Nah, di sinilah peranan ILMU. Untuk itu tanpa sebarang kompromi bahawa untuk mengekal amalan secara istiqamah kita perlukan ilmu. Belajar ilmu tajwid supaya kita yakin dengan bacaan kita bersedia menjadi imam sekiranya tiada pilihan agar kita membentuk solat berjemaah walau di dalam apa situasi sekalipun. Cuablah dan pasti akan mempunyai keyakinannya.

Ketiga: Adat kehidupan yang sukar dielak ialah kehadiran kita dalam sesuatu majlis yang merupaka pengisian hablur minannas. Selagi  majlis tersebut tidak menyanggahi syariah kita perlu hadir apabila ada jemputan. Langkahnya ialah kita berpesan kepada ahli keluarga yang terdekat seperti isteri, anak dan lainnya supaya ‘tunggu’ untuk berjemaah seandainya anda merasakan anda tidak sempat berjamaah di masjid atau surau berdekatan. Amat malang kebanyakkan majlis tidak memasukkan solat berjamaah dalam atucaranya.

Keempat: Dapatkan kawan yang memahami pentingnya berjemaah. Apabila situasi amat tidak mengizinkan anda solat berjamaah di masjid atau surau, maka bentuk jemaah di kalangan anda.

Cubalah pasti Allah akan kurniakan jalannya, IsyaAllah.

Leave a Reply