SOLAT- APA YANG PERLU KITA TAHU DAN AMALKAN KALAUPUN TIDAK MENJADI ORANG YANG ALIM?

Solat mempunya 13 rukun yang wajib kita laksanakan agar solat kita dipertimbangkan untuk diterimaNya. Selain rukun solat terlalu banyak aksesori atau pelengkap kepada kesempunaan solat kita. Ia bermula daripada air yang kita gunakan untuk berwuduk, di mana sepatutnya kita berwuduk apabila ingin hadir berjemaah di masjid atau surau, apakah paermulaan bacaan sebelum kita memulakan wuduk iaitu sebelum kita membasuh pergelangan tangan.Seterusnya doa dalam setiap basuhan atau sapuan sama ada yang wajib atau sunat hingga membasuh kaki.Cara basuhan dan sapuan yang betul perlu diperdalami agar kita tidak sahaja dilihat jahil tapi ia menyempurnaan wuduk kita. Air mutlak dan musta’mal perlu kita fahami dengan sejelas-jelasnya supaya air yang kita gunakan untuk bersuci dari hadas kecil dan besar adalah 100% air mutlak dan sekiranya terjadi sesuatu yang luar kebiasaan, kita mempunyai sandaran ijtimak ulamak. Ramai yang memandang remeh berkaitan jenis air yang kita guna. Ramai yang beranggpan bahawa sudah memadai apa yang dipelajari di sekolah. Sememang sukatan yang berkaitan yang diajar di sekolah sudah memaadai, namun, itu 10 atau 20 tahun dulu menyebabkan kita sudah lupa apa yang diajar atau ingat-ingat lupa. Ianya perlu di ‘refresh’ sekali sekala supaya kita berada pada landasan yang betul berkaitan wuduk yang melibatkan jenis air.perkara-perkara yang menyebabkan batal wuduk perlu difahami dengan jelas dan yakin. Ketidak yakinan atau was-was berkaitan wuduk merupakan masalah ramai orang. perasaan was-was itu sebenarnya adalah gangguan daripada syaitan yang menyebabkan seseorang itu akan merasakan wuduknya batal. Gangguan pada bahagia perut sering terjadi apabila kita berwuduk seperti macam rasa terkeluar angin dari dubur. Kita perlu yakin 100% sekiranya angin yang kita rasa itu tidak berbau atau berbunyi, maka kita teruskan dengan solat kita. Keyakinan inilah yang akan mengalahkan gangguan syaitan tersebut. Perlu jelas perkara-perkara yang berkaitan dengan wuduk agar ia tidak menganggu ibadat solat kita dan ingat Allah MAHA PENGAMPUNAN. Terakhirnya seandainya mempunyai ruang waktu selepas wuduk, amalkanlah solat sunat wuduk dan sentiasalah berada dalam situasi berwuduk setiap masa. Mudahan kita dipanggilNya dalam keadaan berwuduk. insyaAllah . Jadi, bagaimana dengan wuduk kita? Adakah ada sebarang perubahan dari aspek kualiti sebelum kita mendirikan solat? KITA YANG MERASAKANNYA.

Leave a Reply