SOLAT

Solat itu tanda penghambaan diri kepadaNya.Kena’menghadirkan’ diri dalam setiap rukun solat. Sebelum kita berdialog denganNya dengan bacaan surah al Fatihah, kita hendaklah menyedari kita sedia berada di depanNya dengan hati yang rendah dan hina dihadapanNya. Begitu juga semasa rukuk, kita pasti hati kita hadir dengan sifat rendah diri dan barulah melafaz zikir memujiNya dalam rukuk dengan mengharapkan rukun rukuk kita menepati kehendakNya dan diterima rukuk kita. Begitu juga ‘itidal, buka sekadar berdiri tetapi menyedari rukun solat dan mesti dalam kedudukan yang tepat sebagaimana dikehendakiNya dan berdoalah sebagaimana zikir yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam dan sentiasa mengharap rukun ‘itidal itu diterimaNya. Elak terlalu gopoh untuk melakukan sujud. Kemudian sujudlah dengan sepenuh hati dengan ‘manghadirkan’ hati bahawa kita dengan serendah-rendah dan sehina-hina sujud kepadaNya tanda kita hambaNya yang bagai debu-debu jika dibandingkan dengan banyaknya makhlukNya agar diterima sujud kita, dan barulah dilafazkan zikir memujiNya serta berdoa. Semasa duduk di antara dua sujud, duduklah dengan tenang dan merasai yang kita berdepan denganNya dan baca doa satu persatu sebelum sujud kembali. Begitu juga semasa tahiyat, berdialoglah denganNya sebelum kita keluar dari solat dengan memohon rahmat untuk malaikat dan orang di sebelah kanan dan kita semasa memberi salam. Mudahan kita dikurniai solat yang kusyu’

Leave a Reply