SOALAN BOCOR !

Nak tanya pasal apakah soalan yang akan ditanya didalam kubur? diantara lain ialah:
– siapakah tuhan mu
– siapakah nabi mu
– apakah kitabmu
2 malaikat ini akan tanya soalan pada kita IAITU mungkar dan nangkir

Semua kita boleh menjawabnya sekarang dan boleh menghafalnya dari sekarang sehinggalah kita dimasukkan di kubur!
Namun, pada tersuratnya kita dapat menjawabnya! Kita boleh terus menjawab semua soalan tersebut sekali gus sebelum malaikat bertanya!. Apakah semudah itu? kenapa soalan Allah bocorkan? Itu tandanya MAHA PENGASIHNYA ALLAH, Kalau di dunia, walaupun soalan tidak dibocorkan, namun kita tetap boleh menjawabnya dan ramai yang dapat cemerlang. Namun, di alam kubur tidak semudah itu! sebab itulah soalan dibocorkan terlebih dahulu! kenapa? Ulama menjelaskan bahawa soalan tersebut dapat dijawab dengan mudah seandainya sepanjang kehidupan di dunia ini kita mengetahui siapa Tuhan kita dan apabila kita mengenaliNya maka kita akan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya secara mutlak. Kita mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW dengan melaksanakan semua sunnahnya sebagai tanda kita mengenali siapa nabi kita. Kita bertadarus, bertadabbur dan melaksana isinya sebagai tanda pengakuan kita terhadap kitabNya. Kesimpulannya bagi menjawab soalan perlu ada pengamalan syariatNya secara latihtubi dengan istiqamah sepanjang hayat kita.

Leave a Reply