SIBUKNYA, NAMUN….

Kehidupan kita ada masa terlalu sibuk! Namun, bagaimana sibuk sekali tetap ada ruang untuk melaksanakan amalan yang menjadi rutin( istiqamah ). Kita bernasib baik kerana berada di bumi bertuah seperti negara yang kita cintai Malaysia. Setiap aktiviti dalam kehidupan kita di sini telah tersedia ruang untuk melaksanakan ibadat DENGAN secukupnya! Jadi tiada alasan untuk meninggalkan sesuatu amalan beralasan sibuk. Ruang untuk melaksanakan ibadat tersedia dalam tentatifnya sama ada dalam aktiviti melibatkan bidang kerja(kerjaya), atau program tertentu. Masa untuk solat mencukupi untuk kita mendirikan solat di samping melaksanakan amalan tambahan( aksesori ) mencukupi untuk kita bertadarus untuk sekurang- kurang 100 ayat(5 – 10 minit) sahaja diperlukan serta BEBRAPA minit untuk zikrullah dan sebagainya. Jika kita berusaha dengan bersungguh -sungguh sehingga kita berjaya melakasanakan sesuatu ibadat walau bagaimana sibuk pun. Kepuasan dalam beribadat pasti Akan terasa jika kita berjaya melaksanakan. CUBALAH….

Leave a Reply