SIBUK

Semua kita sibuk, setiap masa ada sahaja kesibukan. Pada umumnya kebanyakkan sibuk dengan urusan dunia. Sibuk untuk mencari sesuap rezeki, sibuk untuk menambah kekayaan, sibuk dengan anak pinak, sibuk dengan keluarga, sibuk dengan masyarakat dan bermacam=macam kesibukan. Seandainya apa yang kita sibukkan itu menepati syarieNya, maka alhamdulillah. Namun, tidak mahukah kita masukkan juga kesibukkan kita setiap hari untuk beribadat kepadaNya. Masukkan juga pada setiap untuk beribadat kepadaNya di samping kesibukkan yang lain. Bolehkah? Jika kita boleh sibukkan diri dengan urusan dunia yang fana ini, maka tidak bolehkah kita mengambil ruang untuk sibukkan diri dalam menuju alam yang abadi di sana. Kita selalu risau tentang di sini(SEMENTARA SAHAJA) tapi kita selalu lupa tempat kita yang KEKAL ABDI di sana( AZAB/SYURGA).

Leave a Reply