SETIAP UNJURAN UNTUK DIAMAKAN KITA MESTI MENCUBANYA!

Apabila kita mendengar kuliah agama atau berinteraksi dengan seorang berkaitan dengan, maka kita jangan sekali berpandangan “cakap tidak serupa bikin” . Sentiasa bersifat baik sangka dengan menganggap “cakap sama dengan amalan”. Ini bermakna kita kena cuba amalkan sebagaimana saranan pada kuliah perbincangan tersebut. Cubalah sedaya upaya mengamalkan saranan tersebut sehinggalah kita menemui kemanisan amalan tersebut. Buangkan sifat” nanti”, “tidak yakin” atau “anggapan amalan tersebut bukan menjadi utama” atau “tidak mengamalkan pun tidak apa-apa” . Kerana sifat tersebutlah menyebabkan amalan statik dan tidak berubah dengan amalan yang kita laksanakan semalan, minggu lepas, bulan lepas ,tahun lepas atau yang lebih malang ianya masih sama dengan belasan atau puluhan tahun yang lepas. Ambilan saranan untuk sekadar mampu kalau tidak semua dan amalkan secara istiqamah, Insya-Allah kita akan menemui kemanisan amalan yang mendorong untuk menambahkan lagi amalan kita. mengamalkan setiap saranan yang diterima merupakan kunci untuk peningkatan amalannya sehingan menjadi amalan hari ini lebih baik dari semalan dan seterusnya. Apatah lagi apabila diseru untuk mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dengan nas yang sahih, maka cubalah dulu laksanakan untuk beberapa ketika sehingga kita rasai nikmat amalan tersebut. Begitu juga dengan amalan-amalan sunat yang lain. Cuba kita bangun untuk beberapa hari pada 1/3 malam untuk qiamulai, bagai rasanya? dan apabila kita ter”missed” untuk satu malam, bagaimana rasanya? Apabila kita merasai betapa ruginya ter”missed” amalan tersebut, ianya menandakan kita sudah hampir mencapai manisnya ibadat malam berbanding tidur sampai pagi. Keenakan tidur yang panjang tidak kita rasai berbanding dengan keenakan bangun malam. Kena cuba dan jangan biarkan saranan untuk beramal berlalu begitu sahaja.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Find your soulmate - Trackback on 2016/06/18/ 03:32
  2. How to create a website - Trackback on 2016/09/29/ 06:26
  3. 植牙 - Trackback on 2016/09/29/ 12:51
  4. Desert Safari - Trackback on 2016/12/01/ 16:36