SETELAH SEMINGGU BERZIARAH, BERMUSAFIR DAN KEMBARA IBADAH….

Dengan izinNya kami selamat menatap wajah leluhur tercinta. Mendiami kediaman yang telah direzekikan. Dan dapat menghadiri majlis-majlis ilmu di sekitar Kota Bharu, Machang dan Kuala Krai.
Di antara intipati dapatan dari majlis tersebut yang dapat dicatat oleh hamba yang jahil lagi daif sepanjang seminggu kembara ibadat ini ialah:
I. Tiga sifat yang perlu dihindari iaitu bakhil, tamak dan hasad serta riak.
II. Ikhlas dalam beribadat, iaitu semata-mata kerana Allah S.W.T
III. Memilih jofoh mesti utamakan yang beragama selain keturunan dan harta benda.
IV.Perlu sentiasa ada peningkatan dalam beribadat dan sentiasa bersedia menghadapi saat Kematian. Contoh: Jika di dalam kehidupan seharian kita bekerja keras untuk mempamir hail kerja kita supaya dinaikkan pangkat, maka begitu juga dalam amalan kita. Kita juga
Perlu ada target untuk kenaikan dari satu darjat ke darjat yang lebih tinggi. Untuk mencapainya kita perlu sentiasa meng’up grade’ amal ibadat kita untuk dinilai oleh Allah S.W.T, sesungguhnya janjiNya adalah benar.
VII.Huraian buka ISLAM AGAMA SEMPURNA terjemahan Dr Abdul Basit oleh guruku Dr Abdul Basit di Pondok Sg Durian.
Sekadar CATATAN ringkas semoga semua dapatan itu dapat di amalkan.
I.

Leave a Reply