SESUNGGUHNYA TIDAK MUDAH!

Sesungguhnya untuk mengamalkan amalan yang mudah secara istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi solat fardu berjemaah di masjid untuk lima waktu. Tidak mudah untuk kita berdoa setiap perbuatan dan perlakuan kita. Bukan mudah untuk kekal berdoa dan berzikir sebelum tidur, bukan mudah untuk berdoa dan berzikir setiap bangun dari tidur, tidak mudah untuk menjadikan suatu kebiasaan untuk solat wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk, tidak mudah untuk meminta perlindungan dan keampunan sebaik sahaja masuk dan keluar dari tandas, tidak mudah untuk menjadikan kebiasaan berdoa semasa perjalanan ke masjid, tidak mudah supaya kita tidkl lupa berdoa sebaik sahaja melangkah masuk dan keluar dari masjid, tidak mudah untuk menjadi amalan pagi dan petang dengan zikir yang menjadi amalan Rasulullah salallahu ‘alaiwasallam secara tetap, tidak mudah untuk menetapkan sekuarang sekali seminggu membina sebuah mahligai di syurga dengan melaksanakan solat sunat rawatib 12 rekaat, tidak mudah untuk mendapat ganjaran tetap setiap dengan ganjaran satu dunia dan seisinya apabila berjaya solat sunat sebelum fardu Subuh untuk setiap hari, tidak mudah untuk menjadikan amalan tetap untuk solat sunat tasbih sekurang-kurang sekali setiap bulan, tidak mudah untuk menjadikan solat witir sebagai penutup kepada ibadat solat untuk setiap malam, sangatlah tidak mudah untuk bangun 1/3 malam untuk qiamulai,tidak mudah untuk membiasakan puasa snn dan Khamis sebagai pelengkap ibadat mingguan kita, semuanya tidak mudah jika kita  membuatnya tidak utama. Namun ianya menjadi mudah jika kita jadi keutamaan sebagai seorang hambaNya yang taat dan  patuh.

Leave a Reply