SERUAN HAJI MENJELMA LAGI

1. Penerbangan Pertama (Fasa I) : 29 September 2011
2. Penerbang Akhir (Fasa I) : 29 Oktober 2011
3. Wukuf (9 Zulhjiah) :5 November 2011
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011
5. Hari Tasrik (11,12 dan 13 Zulhijah) : 7, 8 dan 9 November 2011
6. Penerbangan Pertama (Fasa II ) : 13 November 2011
7. Penerbangan Akhir ( Fasa II) : 13 Disember 2011

Sejak pulang dari menjadi tetamu ALLAH pada musim haji 1431H lalu, rasanya baru semalam ibadat itu dilaksanakan. Saban hari diri ini mengunjungi masjidil Haram melalui alam maya.Terima kasih kepada Tn. Hj Manzlie melalui BLOG PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH yang tidak pernah jemu memaparkan gambar, suasana dan peristiwa terkini yang berlaku di Tanah Suci. Setiap hari apabila  melayari alam maya, blog ini sudah pasti akan dikunjungi. Kerinduan makin membuak-buak apabila  diuar-uarkan bahawa penerbangan pertama membawa tetamuMU untuk musim 1432H akan berangkat pada 29 Sept 2011. Kalau tidak kerana halangan syarat yang dikenakan oleh kerajaan, rasa biarlah diri ini juga berada di pesawat tersebut. Pada kesempatan diri yang tiada apa-apa ini mendoakan tetamuMU tahun ini mendapat haji yang mabrur yang balasannya adalah JANNAH. Ya ALLAH hambaMU yang kerdil ini berdoa agar kami sekeluarga dapat ke sana lagi dengan kadar yang segera dan kerap. Amin Ya ALLAH.

Saturday, 24 September 2011

” DepaN HaraM..”

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. game - Trackback on 2016/07/09/ 07:12
  2. real underground rap - Trackback on 2017/01/30/ 14:11
  3. Oral Care - Trackback on 2017/04/07/ 11:33