Sentiasalah Bertakbir.. الله اكبر الله اكبر..

Bermulanya takbir Idul Adha bagi yg tidak mengerjakan ibadah haji adalah pada Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah). Inilah sebagaimana yg dinyatakan dalam kitab-kitab turath Arab dan jawi.
Bilakah disunatkan takbir muqayyad yang dilakukan selepas solat fardhu?

“Disunatkan bertakbir bermula daripada selepas solat subuh hari Arafah 9 zulhijjah sehingga selepas Asar hari 13 Zulhijjah”.

Dalilinya ialah kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW dan apa yang dilakukan oleh para sahabat RA. Daripada Ali dan Ammar RA :

“Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah; selepas sembahyang Subuh dan menghentikannya selepas sembahyang Asar di akhir hari-hari Tasyrik”. (Riwayat al-Hakim (1/299) dan beliau berkata, sanad hadis ini adalah sahih dan aku tidak mengetahui terdapat kecacatan pada rawinya).

Sumber : Terjemahan al-Fiqhul Manhaji (Kitab Fikah Mazhab Syafie) Bab Sembahyang Dua Hari Raya (Eid)

Leave a Reply