SENTIASA BERSEDIA UNTUK SOLAT BERJEMAAH DENGAN MENJAUHI ALASAN DI BAWAH!

Solat fardu perlu berjemaah karana itulah amalan Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam. Nabi yang maksum yang telah dijamin syurgaNya ,sehingga saat yang terakhir Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaiwasallam menjaga solat berjemaah. Bagaimana kita yang entah di mana Allah tempatkan nanti tidak memberatkan solat berjemaah. Bermacam-macam alasan dikaitkan sebagai alasan halangan untuk hadir solat berjemaah. Di antara alasannya ialah :
A. Sibuk ?
B. tidak mendengar laungan azan?
C. Jauh dari masjid dan Surau ?
D. Tiada kenderaan ?
E. Hari cuti ada kerja atau urusan lain?
F. Sakit ?
G. Hujan atau ribut?
H. Ada tetamu di rumah?
I. Berada di perjalanan dan tiada masjid?
J. Pakaian kotor?
K. Sedang makan atau minum dengan kawan atau keluarga?
L. Tidak tahu keutamaan solat berjemaah?
M. Ada urusan penting?
N. ingin berehat?
O. Solat di rumah pun ok?
P. tidak boleh berdiri semasa solat kerana sakit?
Q. Solat beRjemaah sekali-sekala pun ok?
R. Nantilah satu masa nanti?
S. segan kepada jemaah kerana tiada ilmu tentang solat?
T. Tidak berjemaah pun hidup ok juga?
U. Tidak rasa apa-apa pun tidak hadir solat berjemaah?
V. Keluarga sendiri pum tidak hadir berjemaah?
W. UstAz pun sekali-sekala berjemaah?
X. Asalkan jadi orang baik?
Y. Anak-anak kecil susah hendak tinggalkan ?
Z. Rasa lambat lagi mati?

Itulah di antara seribu alasan! Adakah alasan tersebut akan dijawab di hadapan Allah nanti? Manusia yang berakal tidak akan menerimanya apatah YANG MAHA MENGETAHUI!

Leave a Reply