SEMUANYA SUSAH JIKA TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam sesuatu ibadat semua akan menjadi susah. Solat fardu tidak menentu, kadang berjemaah, kadang sendiri-sendiri, kadang awal waktu,kadang pertengahan waktu, kadang di hujung waktu, kadang solat sunat rawatib kadang tidak, kadang bacaan dalam solat ditambah semasa rukuk, sujud, dan tahiyat akhir, kadang baca yang rukun sahaja, kadang tertib solatnya kadang macam kilat, kadang pakai ala kada saja bila ke masjid kadang pakai yang paling baik, kadang solat sunat wuduk, kadang terus solat, kadang datang awal ke masjid, kadang datang apabila bilal sudah iqamat, kadang berwirid sebaik sahaja selesai solat, kadang turus bangun dan pergi, kadang bersalaman, kadang terus jalan, datang kuliah terpilih sahaja, kadang Qiamulai, banyak yang tidak laksanakan. Begitu juga dengan ibadat lain. Jika kita tidak bersungguh-sungguh begitulah kejadian dan kesudahannya. Bersungguh-sungguhlah supaya amalan kita tidak kadang-kadang. Pilih Salah satu amalan di atas dan amalkan secara istiqamah kemudian tambah lagi dan bersungguh-sungguhlah hingga memperolehi istiqamah.

Leave a Reply