SEMUANYA SIBUK

Selagi kita bergelar manusia kesibukan merupa perkara. Kesibukan kita kebanyakannya tertumpu kepada kehidupan dunia yang sememangnya sibuk. Kita kena sibukkan juga hal akhirat supaya kita tenang di akhirat. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk mengingatiNya. Ambillah beberapa minit dalam sehari untuk bertadarus, tadaburlah walaupun satu ayat, ambillah beberapa minit untuk solat sunat samada witir, taubat , dhuha, tahajud, wuduk, qabliah dan ba’diah( paling kurang pun solat sunat sebelum solat fardu Subuh yang ganjarannya satu dunia dan seisinyA), zikirlah di waktu pagi dan Petang ( samada sambil duduk, berdiri atau sambil berjalan), bersedekahlah walaupun sebuah senyuman apatah lagi dengAn sedikit harta kesayangan kita, ziarah atau bertanya khabarlah sekali- sekala saudaRa mara kita dan buatlah apa sahaja yang membawa kita ke syurgaNya.

Leave a Reply