SEMUANYA MESTILAH SELARI

Apabila kita melaksanan solat lima waktu, maka kita hendaklah menjauhi perkara yang mungkar dan mencuba 100% mematuhi apa yang dilafazkan dalam solat kita.
Apabila kita berpuasa, maka kita hendaklah 100% mematuhi syarat-syarat sah puasa dan mengikut apa yang Allah ingini dalam puasa kita.
Apabila kita bertadarus dan bertadabur al Quran, maka kita hendaklah 0% TIADA KERAGUAN terhadap isinya dan 100% keinginan melaksanakan segala ajaranNya di dalam kitabNya.
Apabila kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaiwasallam, maka kita hendak yang 100% dengan syariat yang dibawanya dan melaksana 100% apa yang terkandung di sunnahnya.

Mohon dijauhi:=

Rajin bertadarus tetapi tidak yakin dengan wahyunya.
Rajin berselawat tetapi sebahagian besar sunnahnya ditinggalkan.
Rajin solat tetapi tidak berusaha menghindari larangannya.

Buktikan kita rajin mengikuti program selawat perdana, cinta rasul dan sebagainya dalam masa yang sama sunah solat berjemaah kita amalakan 100%, itulah tanda sebenarnya kita mencintai rasul. Kita lihat berpuluhan ribu hadir dalam majlis cinta rasul, namun saf fardu Subuh pada pagi berikutnya hanya satu atau saf sahaja. cinta asul yang sebenarnya ialah mencintai amalan yang baginda laksanakan, mencintai amalan tersebut dengan mengamalkannya secara bersungguh-sungguh. SEMUANYA MESTILAH SELARI.

Leave a Reply