SEMUA INGINKAN YANG BAIK DAN MULIA

APAbila seseorang itu mendapat cahaya mata(anak), masing-masing mencari nama yang baik-baik atau yang menggambarkan kemulian. Mudahan anak tersebut berada dalam keadaan terbaik dan mulia sepanjang hidupnya.Namun, bagaimana kita sebagai ibu dan bapa? Apakah kita hanya mahukan anak kita mendapat kebaikan dan kemuliaan? Apa salahnya pada masa kita menamakan anak kita dengan nama yang baik agar akhirnya kehidupannya seiring dengan nama yang kita berikan, kita sebagai orang tuanya turut berusaha dengan sedaya upaya mencapai maksud yang kita berikan kepada anak kita. Untuk mencapai impian tersebut kita bukan sahaja perlu mendidikan anak kita ke arah tersebut, namun kita perli seiring bagi diri kita untuk insan yang tebaik di sisiNya. Kita perbaiki dan pertingkat amalan kita untuk menjadi manusia terbaik, yang dalam masa yang sama mendidik anak itu sebagaimana nama yang kita berikan.Jangan hanya mahukan anak menjadi terbaik tetapi kita berada di tahap yang sama. Kita mahu bersama di syurgaNya nanti.

Leave a Reply