Seminggu di negeri Serambi Mekah

Menghadiri kuliah maghrib adalah suatu rutin yang tetap di samping kuliah subuh di masjid Muhammadi Kota Bahru. Kebetulan berada di rumah mertua di Kg sireh, KB, jadi peluang ini digunakan sepenuhnya. Setiap malam penceramah yang berlainan akan menyampaikan kuliahnya. Di samping topik yang berbeza serta gaya dan pendekatan yang berbeza. Dari penyampai yang muda sehinggalah yang seusia MB Kelantan. Masing-masing hebat dengan ilmunya. Mereka menyampai dengan berbagai gaya. Sebahagian dengan pendekatan yang agak lantang dan berani, sebahagiannya dengan cara yang santai tapi menyengat. Sepanjang seminggu menghayati kuliah tersebut, sebahagian besarnya perkara yang berulang-ulang (remaider) bertujuan memperkukuhkan iman dan menguatkan istiqamah diri. Satu kuliah yang menarik dan perlu diberi perhatian yang disampaikan seorang penceramah . Belia beliau menyentuh tentang pentingnya kefahaman dan kekuatan akidah dalam mengamalkan ajaran Islam. Pentingnya akidah untuk mempertahan pahala amalan. Beliau menghuraikan bahawa tanpa akidah yang mantap,pahala amalan akan hilang sekelip mata sahaja. Contoh mudah yang beliau berikan ialah pahala zikir sesorang akan hilang sekelip mata sahaja jika kita riak sebaik sahaja kita selesai berzikir. Pahala puasa misalnya akan hilang sekelip mata sahaja apabila si puasa melihat aurat perempuan ketika bersiar-siar. Oleh itu, beliau merumuskan bahawa kekutan akidah adalah penting baki mengekalkan pahala amalan kita. Syaitan tidak heran dengan pahala yang kita dapat kerana ianya akan terhapus dalam sekelip mata sahaja jika kita beramal tanpa kekuatan akidah seperti mana contoh yang disampaikan oleh penceramah tadi.

Perkara kedua yang ingin disentuh di sini aalah tentang amalan tanpa ilmu. Walaupun berada di bumi bertuah negeri serambi Mekah tetapi tidak membudaya menuntut ilmu secara serius dan berguru, kita dapat ramai jemaah mengamalkan ibadah dalam kejahilan. Contoh jemaah yang melaksanakan solat sunah di masjid (terutamanya sunah Qabliah/Ba’diah/tahyatul masjid), mereka solat di mana-mana tanpa ada sutrah(penghadang) menyebabkan sukar bagi jemaah lain bergerak. Bayangkan balasan bagi orang melintasi orang yang sedang solat. Mereka yang beramal tapi jahil ini tidak menghirau masalah yang dihadapi oleh jemaah lain.Diharap para pendakwah dapat menekankan perkara ini.

Perkara yang ketiga khas untuk muslimat. Dari maklumat yang disampaikan oleh isteri, sebahagian besar kaum muslimah yang tidak memahami bagai membentuk saf dan kepentingan saf dalam solat. Perkara ini kita tidak boleh salahkan mereka kerana program agama lebih tertumpu kepada kaum adam. Sepatutnya sebagai suami, mereka semestinya menyampaikan ilmu yang diterima kepada ahli keluarga terutama isteri dan isteri menyampaikan kepada anak-anak. Jika ini dilaksanakan kita akan lihat keindahan Islam apabila penganutnya beramal berdasar sunnah. wallahu’alam

Leave a Reply