SEMESTINYA KENA AWAL KE MASJID UNTUK FARDU ZOHOR

Waktu solat fardu Subuh tiada masalah, cuma waktu fardu Zohor jika tidak berhalangan datanglah awal ke masjid atau surau. Ini adalah kerana solat sunat bagi kedua fardu ini mempunyai solat sunat qabliah yang muakad. Manakala solat fardu lain qabliahnya tidak muakad. Muakad amat dituntut kerana ia menghampiri yang wajib. Jika kita hadir awal kita mempunyai masa untuk mendiri solat tahiyatul maajid dan diikuti solat sunat qabliah sama ada yang muakad atau tidak. Cuma di sini dicadang cubalah sedaya upaya melaksanakan solat sunat qabliah yang muakad dan diikuti dengan solat sunat ba’diah yang semuanya muakad. Ini kerana tiada solat sunat ba’diah selepas fardu Asar dan Subuh. Jika ditambah dengan dua rakaat selepas qabliah Zohor dan digabungkan dengan solat sunat rawatib lain yang muakad, maka kita dapat mengumpul dua belas rakaan solat sunat rawatib dengan ganjarannya di bina sebuah mahligai di syurga.( 2 R sebelum Subuh + 4 R sebelum Zohor + 2 R selepas Zohor + 2 R selepas Maghrib + 2 R selepas isya’). Jika tidak mampu laksanakan semua, jangan sesekali tinggal semua solat rawatib. Jika tidak mampu membina mahligai setiap hari, maka rancanglah untuk membina sekurang-kurang satu atau dua mahligai dalam seminggu, atau sebulan. Kesempurnaan 12 rakaat solat sunat rawatib biasanya bergantung kepada peluang yang ada untuk solat berjemaah waktu fardu Zohor. Kekangan tugas antara halangan untuk hadir solat berjemaah dan solat sunatnya kecuali di hari cuti. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Allah sentiasa memberi jalan kepada hambaNya yang bersungguh-sungguh. Jangan sesekali terdetik di hati ‘nantilah!’ Kerana kita tidak pasti bila kita dipanggilNya. Kena ada ‘target’ dan beruasahalah mencapai ‘target’ bekalan akhirat.

Leave a Reply