SEMBAHYANG MALAM DAN FADHILATNYA

Apabila anda berazam untuk mengislamkan dengan tulin seluruh
hati budi anda maka saudara harus mengikut beberapa jalan dan cara
orang-orang terdahulu yang telahpun mendapat kurnia dan keredhaan
Allah. Salah satu dari cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah
dalam membentuk diri dan sahabat beliau pada tahap-tahap awal ialah
sembahyang malam.

Sembahyang malam itu memang sukar dikerjakan. Tetapi kesannya
amat baik dalam menjernihkan hati seseorang. Ia dapat memupuk
kecintaan kepada Allah dan meningkatkan kerohanian, membekalkan
mujahid dakwah dengan semangat dan keikhlasan.

Mujahid dakwah adalah orang yang sentiasa menghulurkan
baktinya kepada masyarakat. Ia mengajukan kepada masyarakat limpahan
ilmu, amal dan usapan rohaniah yang tinggi. Sebab itu ia harus
memiliki limpahan rohaniah itu. Sebab “Faqidusy Syaaii Laa Yu’th”.

1.Keutamaam Qiamulaill

a) Dalil Al-Quran

Allah menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang
pada waktu malam dengan firmaNya (Surah Adz Dzariyat: 15-16).

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman
(Syurga) dan dimata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan
kepada mereka oleh tuhan mereka. Sesungguhnyaa mereka sebelum itu
didunia adalah orang-orang yang berbuat baik.”

Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan diakhir-akhir malam
mereka memohon ampun (kepada Allah).

Allah telahpun memerintahkan junjungan besar kita Nabi Muhammad agar
mengerjakannya. Kiranya beliau akan mendapat tempat yang tinggi
dihari kiamat kelak. Dalam surah Al-Isra’ ayat : 79, Allah berfirman:

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu
sebagai suatu ibadah tambahan bagi mu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat
kamu ke tempat yang terpuji.”

Hamba-hamba Allah yang soleh yang dipuji oleh Allah sering dikaitkan
dengan ketekunan mereka mengerjakan sembahyang malam. Dan hamba-hamba
yang baik dari tuhan yang maha penyayang itu (ialah) orang-orang yang
berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang
jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung)
keselamatan.

“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka”. (Al-Furqan : 64)

” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami,
adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami,
mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang
mereka tidak menyombongkan diri.”

“Lambang mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa
kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.

“Seorang pun tidak mengetahui ada yang disembunyikan untuk mereka
iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai
balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.”

Allah menempelak orang-orang kafir dengan firmanNya:

“(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang
yang beribadat diwaktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang
ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?
Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-
orang yang tidak mengetahui?. Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran”.
(Azzumar : 9)

b) Dalil Hadis

Rasulullah telah meninggalkan pesanannya kepada pejuang Islam khasnya
dan umat Islam amnya agar melaksanakan amalan ini. Beliau telah
meninggalkan banyak yang menerangkan keutamaan sembahyang malam dan
betapa faedahnya amat besar dalam membentuk peribadi seseorang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda:

“Jika seseorang itu tidur maka syaitan menyimpulkan dibelakang
kepalanya dengan tiga simpulan. Tiap simpulan itu ia kuatkan dengan
bisikan tidurlah malam mu masih panjang lagi. Jika ia terjaga dan
mengingat Allah maka terbukalah satu simpulan. Apaabila ia berwudhu’
terbukalah satu simpulan lagi. Apabila ia sembahyang maka terhurailah
simpulan itu semuanya. Maka iapun cergas diwaktu pagi dan baik hari”.

Abu Hurairah meriwayatkan lagi sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu
bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah
sembahyang malam”.
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Attermizi, Arrasai dan Ibnu Khuzaimah).

Abdullah bin Salam r.w menceritakan: Sewaktu Rasulullah mula-mula
sampai di Madinah maka ramai bergegas keluar menyambut ketibaan
beliau. Antara orang banyak itu, aku pun ikut memerhati. Apabila aku
amat-amati wajah beliau dengan teliti maka yakinlah aku bahawa
wajahnya bukan wajah pendusta. Perkataannya yang mula-mula ku dengar
ialah:

“Wahai saudara-saudara sebarkanlah salam (kesejahteraan), berilah
makan (para fakir, berhajat dan orang-orang amnya). Hubungkan
silaturrahim (persaudaraan), dan sembahyanglah malam sewaktu orang
tidur lena, kelak kamu masuk syurga dengan sejahtera”. (Riwayat
Attarmizi)

Dari Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam
syurga ada suatu tempat penginapan yang keindahannya luarnya boleh
dilihat dari dalam dan keindahan dalamnya boleh dilihat dari luarnya.
Abu Malik Al asy’aary lantas bertanya: Untuk siapakah bilik itu wahai
Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW bagi orang yang baik tutur kata
(nya), yang memberi makan (pemurah) dan bersembahyang malam ketika
orang lain tidur.

Abu Hurairah pernah menyatakan kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasuilullah s.a.w. bila saya melihat engkau, hati saya
tenteram dan riang. Cubalah ceritakan segala-galanya kepada saya?…
Rasulullah SAW pun berkata: “Segala sesuatu dijadikan dari air. Aku
bertanya lagi. Ceritakanlah kepada saya, perbuatan yang jika saya
lakukan saya akan masuk syurga. Jawab Rasulullah SAW.

“Berilah makan, sebarkanlah saalam, sambungkan silaturrahim dan
sembahyanglah malam dikala orang lain tidur, kelak engkau akan masuk
syurga dengan sejahtera”. (Riwayat Ahmad Ibnu Abiddunia Ibnu Habbar
dan Hakim)

Dari Asma Binti Yazid menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Dihari kiamat kelak, manusia dihimpunkan pada suatu tempat. Kemudian
(Malaikat) menyeru dan bertanya. Manakah orang-orang yang tidak betah
lambungannya ditempat tidur (kerana mengingati Allah)? Maka tampillah
segolongan kecil sahaja dari mereka, lalu dimasukkan ke dalam syurga
tanpa perhitungan. Kemudian manusia-manusia lain dikerah untuk
diperhitungkan (amalan masing-masing). (Riwayat Baihaqi).

Dari Abdullah Bin Amr Ibnul `Aash bahawaa Rasulullah SAW telah
bersabda:

“Sembahyang yang amat disukai oleh Allah ialah sembahyang Nabi Daud.
Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud. Ia tidur
separuh malam. Ia bersembahyang sepertiganya, dan tidur pula
seperenamnya. Beliau puasa sehari dan buka pada hari berikutnya
(puasa berselang hari)”.

Jabir mengatakan bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam hari ada suatu saat jika seseorang muslim menepati saat
itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat
nescaya Allah akan memakbulkan doanya. Hal ini ada pada tiap malam.
(Riwayat Muslim)

SEMBAHYANG MALAM AMALAN ORANG SALEH

Dari Umamah Al Bahili dari Rasulullah SAW:

“Hendaklah kamu melazimkan (Qiamulaill) sembahyang malam. Sebab itu
adalah amalan orang-orang saleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu
dengan Tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan
dosa.” (Riwayat Attarmizi)

Dalam riwayat Salman Al Farisi ditambah lagi dengan faedah lain
iaitu: “Ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh”. (Atthhabrani)

SEMBAHYANG MALAM SUMBER RAHMAT

Dari Abi Hurairah bahawa Rasulullahn SAW bersabda: Allah merahmati
orang yang bangun pada malam dan mengejutkan isterinya untuk
sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya.
Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan
mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat)
untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya. (Riwayat Abu Daud)

MARTABAT ZAKIRIN ZAKIRAT

Abu Hurairah dan Abu Said meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: “Jika
seorang suami mengejutkan isteri (Keluarganya) diwaktu malam dan
bersembahyang (walau dua rakaat mereka ditulis dalam
golongan `Zakirin dan Zakirat’).” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan bahawa: “Keutamaan
sembahyang malam dari sembahyang siang adalah seperti keutamaan
bersedekah secara senyap-senyap dari bersedekah terang-terang.”
(Riwayat Thabrani)

Berkata Samrah Bin Jundub: Rasulullah SAW menyuruh kita sembahyang
malam, baik sedikit atau banyak dan supaya ditamatkan sembahyang
tersebut dengan “witir”. (Riwayat Thabrani dan Bazzaz).

AMALKAN WALAUPUN SEDIKIT

Iyaas Bin Mu’awiyah Al Muzni meriwayatkan bahawa Rasulullaah SAW
bersabda: “Tidak boleh tidak harus dikerjakan sembahyang malam
meskipun (masanya) sekadar memerah susu seekor kambing. Dan (waktu
selepas sembahyang Isya’ itu dikira sebagai (waktu) malam”.
Thabrani)

Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW menyuruh dan menggalakkan umatnya
sembahyang malam, hinggakan beliau pernah bersabda: Hendaklah kamu
(melazimkan sembahyang malam walaupun (sekadar) satu rakaat.
(Thabrani)

BEROLEH KEMULIAAN

Sahi Bin Saad r.w. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang
menemui Rasulullah SAW sambil; mengingatkaan beliau: wahai Muhammad,
hiduplah semahumu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja)
sekehendak mu. Sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah
siapa juga yang engkau mahu, namun engkau pasti berpisah juga
dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada
bersembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak
meminta-minta pada orang lain. (Thabrani)

Dari Ibnu Abbas: “Semulia-mulia umatku ialah Hamalatul al-Quran dan
orang-orang yang melazimi sembahyang malam”.

Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah dengan
tahajjud, zikir dan istighfar. Manakala Hamalatul Quran pula ialah
orang-orang yang hafal Quran, menurut suruhannya, mengelak atau
meninggalkan larangannya. Tidak membaca al-Quran ditempat-tempat yang
menjatuhkan martabatnya disamping mereka menunjukkan contoh tauladan
yang baik.

Amru Bin `Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah SAW bahawa:

“Masa yang seseorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah
dilarut-larut malam. Maka seandainya engkau mampu ikut serta menjadi
orang yang mengingati Allah ketika itu maka jadilah (seperti
mereka)”. (Riwayat Tarmizi).

TANDA MENJADI KEKASIH ALLAH

Abu Dardar’ meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: “Tiga orang, Allah
kasihkan kepada mereka, Allah gemar/gembira dan beristibsyar dengan
mereka. Orang yang pasukannya hampir kalah tetapi terus berperang
(menggadaikan) nyawanya demi Allah SWT. Tekadnya ialah samada ia
terkorban (syahid) atau dimenangkan oleh Allah dan diselamatkan
olehNya. Sehingga Allah berkata: “Lihatlah kalian kepada hamba Ku
ini, demikian sabarnya dia demi Aku.”

Orang yang punya isteri yang rupawan, tilam yang empuk nyaman namun
ia bangun sembahyang malam. Allah sampai berkata Demikian sekali ia
sanggup meninggalkan nafsu syahwatnya dan mengingati Aku, padahal
jika ia mahu ia boleh terus tidur.

Dan orang yang dalam perjalanan bersama teman-teman. Mereka berjaga
(kerana perjalanan), kemudian mereka tidur, namun ia bangun
bersembahyang di larut malam dengan payah atau mudah.(thabrani)

KE ARAH MENGAMALKANNYA

2. Tidur Dalam Thaharah (Suci)

Jika saudara ingin mengerjakan sembahyang malam maka sayugianya
saudara tidur dalam keadaan suci bersih. Kebersihan saudara
mengundang para Malaikat bersama saudara. Ingatlah Ibnu Umar pernah
meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersih, maka Malaikat ikut tidur
diselimutinya. Tiap ia terjaga Malaikat tersebut mendoakan Ya Allah
ampunkanlah dosa hamba Mu si polan. Sesungguhnya ia tidur dalam
thaharah. (riwayat Ibnu Habban)

Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Allah pasti memakbulkan orang yang tidur dalam kebersihan kemudian
terjaga dan memohon kepada Allah kurnia kebaikan di dunia dan di
akhirat. (riwayat Abu Daud)

Mengikut Ibnu Abbas Rasulullah SAW pernah bersabda:

Bersihkanlah tubuh badan ini nescaya Allah akan mensucikan kamu.
Sesungguhnya jika seseorang hamba (Allah) tidur dalam keadaan bersih
nescaya tidurnya diselimuti Malaikat. Tiap tergulung (ke kiri atau ke
kanan) Malaikat tersebut berdoa: Ya Allah, ampunkanlah hamba Mu ini
kerana ia tidur dalam keadaan bersih. (Riwayat Thabrani)

Abi Umamah mengatakan beliau pernah mendengar Rasulullah SAW
ersabda:

Barangsiapa yang merebahkan diri di tempat tidurnya dalam keadaan
bersih dan mengingati Allah sehingga ia mengantuk (dan tertidur) maka
apa saja yang ia mintanya dari kebaikan dunia dan akhirat apabila ia
terjaga dari tidur tersebut (dan berdoa) maka dikabulkan oleh Allah.”
(riwayat At-Tarmizi)

Waktu Qiamullail

Para fuqaha menjelaskan waktunya ialah di awal malam atau di
pertengahan malam dan di penghujungnya asalkan selepas solat Isya’,
iaitu sesudah bangun tidur walaupun sebentar.

Waktu yang afdal ialah sepertiga yang terakhir malam.

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi SAW: “Tuhan kita Azzawajalla
tiap malam turun ke langit dunia apabila telah tinggal sepertiga
terakhir daripada malam. Kemudian Allah berkata: “Siapakah yang (ada)
berdosa kepada Ku untuk Ku perkenankan, siapakah pula yang meminta
kepada Ku supaya Ku berikan dan (adakah) siapa yang memohon ampun
kepada Ku agar Ku ampunkan dosanya.” (riwayat Jama’ah)

Tuntutan dan Adab Qiamullail
a) Niat – Jika seseorang hendak bangun sembahyang malam maka
hendaklah ia meniatkan yang demikian itu sebelum tidur. Jika kelak ia
terjaga dan bangun maka itu adalah rahmat Allah. Jika ia tidak
terjaga sedangkan tadinya ia telah berniat maka Allah akan tuliskan
pahala seolah-olah ia mengerjakannya. Abu Darda’ meriwayatkan sabda
Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang merebahkan di tilamnya dengan niat
bangun malam untuk mengerjaklan sembahyang maka ia nyenyak sampai
Subuh, maka dituliskan untuknya pahala apa yang ia niatkannya. Dan
tidur itu ialah sedekah dari Tuhan kepadanya. (Riwayat Nasa’i dan
Ibnu Majah)

b) Bacaan apabila terbangun tidur:

Setelah ia bangun dari tidur sunat ia berdoa dengan doa ma’thur
beikut:

áÇÅáå ÇáÇ ÇäÊ ÓÈÍÇäß ÃÓÊÛÝÑß áÐäÈì æÃÓÇáß ÑÍãÊß Çááåã ÒÏäì ÚáãÇ æáÇ
ÊÒÛ
ÞáÈì ÈÚÏ ÇÐ åÏíÊäì æåÈ áì ãä áÏäß ÑÍãÉð Çäß ÃäÊ ÇáæåÇÈ
ÇáÍãÏ ááå ÇáÐì ÇÍíÇäÇ ÈÚÏ ãÇ ÇãÇÊäÇ æÇáíå ÇáäÔæÑ

Tidak ada Tuha yang benar-benar disembah kecuali Engkau, Maha Suci
Engkau (wahai Allah). Ampunkanlah dosaku dan limpahkan kepada ku
rahmat Mu. Ya Allah, tambahilah ilmuku jangan Engkau takdirkan hatiku
sesat setelah Engkau kurniakan dengan hidayah Mu. Kurniakanlah bagiku
rahmat dari sisi Mu. Sesunguhnya Engkau amat Pemurah dengan kurnia.

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami
(seperti) mati dan kepadanyalah (semua) akan kembali (untuk
perhitungan).

Kemudian bacalah:

Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan
alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja
penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya
langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak dan
janjiMu adalah benar, dan perjumpaan Mu itu adalah hak, dan Firman Mu
itu adalah hak, dan Syurga adalah hak dan Neraka adalah hak dan Nabi
Muhammad SAW adalah benar dan saat hari Qiamat adalah benar. Ya
Allah, kepada Mu lah kami berserah diri, dan kepada Mu lah kami
bertawakal ,kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepada Mu lah kami
rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas
kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami
sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang
terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah
Rabbul `Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengaMu ya Allah. ”

c) Dua Rakaat Pembukaan

Disunatkan memulakan Qiamullail itu dengan dua rakaat yang ringan.
Kemudian bersembahyanglah sebagaimana khusyu’ dan panjang yang boleh.
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika sembahyang beliau
memulakan sembahyang dengan dua rakaat yang ringan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Jika sesiapa diantara kamu bangun untuk sembahyang malam maka
sulungkanlah dengan dua rakaat yang ringan”. (Riwayat Muslim).

d) Kadar Kelebihan Sembahyang Juga Mengikut Kadar Bacaan

Abdullah Bin Amru meriwayatkan sabda Rasulullah
SAW: “Barangsiapa yang (Qiamulaill) sembahyang dengan membaca sepuluh
ayat maka ia tidak ditulis sebagai orang yang (hidup) lalai.
Barangsiapa yang membaca seratus ayat ditulis sebagai orang yang
Mukhbitin. Dan barangsiapa yang berdiri membaca seribu ayat, maka ia
ditulis sebagai orang yang Muqanthirin (yakni orang yang mendapat
pahala ber Qinthar-Qinthar (1). (Riwayat Abu Daud dan Ibnu
huzaimah).

e) Kaifiat Sembahyang

Kaifiatnya seperti sembahyang biasa juga, Cuma niatnya:
sahaja aku sembahyang tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Selepas membaca fatihah bacalah kadar yang termampu dari ayat al-
Quran.
Perbanyakkan doa dan pinta dikala saudara sujud.

f) Bilangan Rakaatnya

Sekurang-kurang qiamulaill satu rakaat, adapun lebihnya
tidaklah ada berhad. Siapa mahu boleh sembahyang dua rakaat, dan
siapa mahu boleh lebih dari itu.

g) Kadar Yang Afdhal

Ialah sebelas atau tiga belas dengan witir.

Ummul Mu’minin Aisyah meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW
baik dalam (bulan) Ramadhan mahupun bukan dalam bulan Ramadhan tidak
pernah sembahyang lebih dari sebelas rakaat. Beliau bersembahyang
empat rakaat dan usah ditanya tentang khusyuk dan lamanya. Kemudian
beliau sembahyang empat rakaat lagi (seperti itu juga lama dan
khusyuknya). Kemudian beliau sembahyang tiga rakaat.

h) Sunat Diakhiri Dengan Sembahyang Witir

Saidina Ali mengatakan sembahyang itu tidak wajib seperti
sembahyang fardhu tetapi ia adalah sunnah Rasulullah SAW. Beliau
bersabda:

“Allah itu witir (ganjil) dan sukakan witir maka witirlah kalian
wahai pengikut Al-Quran.” (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Kharijah mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW menemui
kami dan berkata: Allah telah mengurniakan dengan sembahyang yang
lebih baik dari kemerahan daging masak (kilauan nikmat) iaitu
sembahyang witir. Allah menentukan masa sesudah sembahyang Isya’
sampai terbit fajar. (Riwayat abu Daud, Ibnu Majah dan Termizi).

Ibnu Umar r.a. mendengar Rasulullah bersabda : Barangsiapa
sembahyang Dhuha, puasa tiga haari dalam sebulan dan tidak
meninggalkan sembahyang witir baaik dalam perjalanan mahupun ketika
tidak dalam perjalanan maka dituliskan baginya pahala orang yang
syahid. (Riwayat Thabrani).

Buraidah r.a. mendengar sabda Rasulullah SAW: Witir itu hak
(benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita!
Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan
dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak
mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita! (Riwayat Ahmad dan
Abu Daud).

Satu perkara yaang harus diingat ialah barangsiapa yang telah
mengerjakan witir penamat, kemudian ia mahu lagi selepas itu
bersembahyang maka ia bolehlah sembahyang tetapi tidak mengulangi
witir. Keraana Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada dua witir pada
satu malam”.

i) Jangan Terlalu Mempersukar Diri

Jika saudara bersembahyang malam janganlah sampai memayahkan
diri dengan berlebihan. Sembahyang sejkadar yaang saaudara mampu
kerana Allah tidak jemu sehingga kita sendiri menjadi jemu.

Jika sudah sampai tidak keruan lagi bacaan saudara maka
tidurlah dahulu. Rasulullah SAW mengingatkan demikian itu mengikut
sebuah hadis riwayat Muslim:

“Anas berkata: Pada suatu masa Rasulullah masuk masjid dan
melihat seutas tali teruntai antara dua tiang. “Apa ini? Tanya
Rasulullah SAW. Sahabat menjawab: Itu kepunyaan Zainab wahai
Rasulullah. Untuk menolongnya kuat bangun sembahyang bilaa tidak
bertenaga lagi”. Tanggalkan! Perintah Rasulullah SAW. ” Sesiapa yang
sembahyang buatlah setakat mampunya. Kalau ia telah lemah atau letih
hendaklah ia baring”.

j) Berterusan

Jika saudara telah mula mengerjakan sembahyang malam maka
hendaaklah saudara konstan. Terus melaksanakannya walaaupun sedikit.

Aisyah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah ditanyaa: amal
yang manakah lebih disukai oleh Allah? Jawab beliau, “Amal yang
beterusan walaupun sedikit”.

k) Mengajak Isteri Atau Keluarga Mengerjakannya

Sepertimana yang perrnah diterangkan dalam hadis terdahulu
bahawa sunat mengejutkan isteri atau suami untuk mengerjakannya.

Ummu Salamah meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah
SAW terjaga. Beliau lantas berkata: “Subhanallah, apalah fitnah yang
turun pada malam ini, apalah kurnia yang datang, siapalah yang akan
membangunkan orang rumahnya. Ya Tuhan, kiranya ada orang berpakaian
didunia ini tetapi bogel pada hari kiamat (kelak)”. (Riwayat Bukhari)

Saidina Ali meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah
menjagakan beliau dengan fatimah. Rasulullah SAW bertaanya: Kamu
tidak mahu sembahyangkah?. Aku pun menjawab (kata Saidina Ali).
Nyaawa kami ditangan Allah, kalau ia mahu ia bangunkan kami.
Rasulullah pun pergi mendengar jawapanku yang demikian itu. Kemudian
aku mendengaar beliau menepuk pehanya seraya berkata : Manusia
memang banyak dalihnya.

2. Qiamulaill Dengan Banyak Membaca Al-Quran

Disamping sembahyang, qiamulaill boleh pula saudara penuhkan
dengan membaca Al-Quran, mengamati aajarannya dengan khusyuk dan
tawadhu’. Al-Quran itulaah sumber hidayah, sumber nur menerangi
kegelapan dan kesimpang siuran hidup ini.

Keutamaan membaca al-Quraan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa membaca sepuluh aayat pada satu malam ia tidak
digolongkan sebagai orang-orang yang lalai. Yang membaca seratus
ayat dituliskan baginya pahala seolah-olah ia berqunut sepanjang
malam. Yang membaca dua ratus ayat maka ia digolongkan sebagai
pejuang. Yang membaca empat ratus ayat digolongkan ia dari
golongan `Abid. Yang membaca lima ratus ayat digolongkan sebagai
Hafiz. Yang membaca enam ratus ayat masuk dalam golongan Khasyi’in
(orang yang khusyuk). Yang membacaa lapan ratus aayat dimaasukkan
dalam golongan “Mukhabitin”. Yaang membaca seribu ayat maka baginya
pahala satu Qinthar. Sa Qinthar seribu dua ratus Auqiaah. Tiap saatu
aiqiah itu lebih baik dari isi bumi dan langit. Dan barangsiapa yang
membaca dua ribu aayat maka wajiblah ia masuk syurga. (Riwaayat
Thabrani)

Leave a Reply