SEMASA HAMPIR WAKTU SOLAT

Ramai yang tidak memberi perhatian pada waktu ini. Inilah waktu emas yang perlu diberi perhatian jika kita ingin melaksanakan ibadat solat awal waktu dan berjemaah secara istiqamah. Kita perlu pastikan pada waktu tersebut sekitar 10 minit sebelum masuk waktu solat fardu, kita sudah merancang tempat kita akan solat secara berjemaah. Jika kita ingin keluar dari rumah untuk apa tujuan pun, kita seharusnya menunaikan solat dahulu di masjid atau surau berhampiran. Jika keadaan terdesak bolehlah solat berjemaah bersama famili di rumah. Jika terdesak juga kerana ada temujanji, silalah bersiap sedia dengan wuduk supaya kita dapat singgah di masjid atau surau berhampiran dengan destinasi atau tempat temujanji. sekiranya kita yang membuat temujanji, sila pastikan tidak melibatkan masa solat berjemaah kita. Jika bukan kita yang membuat temujanji, cubalah runding masa yang sesuai supaya solat berjemaah tidak tertinggal. Berserahlah sentiasa kepadaNya apabila keadaan benar-benar terdesak, Allah pasti akan menunjuk jalan.

Leave a Reply