SEMAKIN BELAJAR , SEMAKIN NAMPAK KEJAHILAN

Setelah hampir 4 bulan kelas pengajian terhenti kerana tuan guru diujiNya dengan kesakitan, namun walaupun belum pulih sepenuhnya dari strok beliau yang amat mencintai ilmu menggagahi juga dengan memulakan kelas pengajian secara ringan dan santai. Macam, biasa ketibaan kami dengan menunggu kami di mejanya dengan penuh komitmen. Mudahan Firdaus adalah ganjaran untuknya oleh yang MAHA PENCIPTA. Itulah!…. dalam kehidupan yang biasanya kita sering menganggap diri kita sudah pandai dan cukup ilmu. Namun, semalam satu ilmu yang nampaknya mudah yang sepatut sudah dikuasai tapi rupanya tidak tahupun. Kasih sayangNya ingin meyedarkan kita bahawa diri ini masih jahil dan perlu banyak belajar dan terus belajar. Semalam baru menyedari perbezaan sebutan dalam doa untuk seorang dan jamak iaitu “Allahummaini asaluka” untuk diri sendiri sahaja dan “Allahummainna nasaluka” untuk jamak(ramai) yang sebelum ini bacaan pertama sahaja di baca apabila berdoa untuk sendiri atau jamak. Sudah lebih 50 tahun hidup dan masih lagi jahil. Terjumpa dalam al Quran dalam tafsir Ibnu Katsir ayat 65 , surah al Baqarah iaitu “A’uzubillahi an aku naminaljahilin” bermaksud memohon kepadaNya supaya dijauhi daripada kejahilan (dao Nabi Musa A.S). Moga Allah kurnia dan kekalkan taufik dan hidayahNya untuk kita mengurang adn menghapuskan kejahilan pada diri kita dengan mencintai majlis ilmu atau raudhahNya.

Leave a Reply