SELAMAT TAHUN BARU 1437H

Umur kita sudah berlalu dan kematian kita semakin hampir. Seandainya umur kita ditetapkan beberapa jam lagi, maka tinggal bereberapa jam lagi. Andainya umur kita ditetapkan beberapa hari lagi, maka harinya semakin berkurang. Andainya beberapa tahun lagi, maka tahunnya semakin berkurang dengan luputnya tahun lepas 1436H.Ini bermakna amalan kita kena tambah dalam aspek kuantiti dan kualiti. Amalan yang menjadi biasa kena pastikan kita laksanakan secara istiqamah.Perkara rukun, memang menjadi kewajipan untuk melaksanakannya. Dalam aspek solat adalah merupakan satu kefarduan, maka istiqamah dalam aspek solat ialah aspek solat berjemaah di masjid atau surau, istiqamah dengan solat yang berkualiti (pengisian perkara-perkara sunat dalam solat selain daripada rukun solat),solat-solat sunat yang melengkapkan kekurangan pada solat fardu, perlaksanaan solat-solat sunat yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam dan orang-orang soleh (solat witir, tahajud,dhuha, dll).Puasa bulan Ramadhan merupakan kefarduan, maka istiqamahnya ialah menjaga kualiti puasa serta dilaksanakan puasa sunat yang menjadi sunnah secara istiqamah. Begitulah dengan amalan-amalan lain. Biar nyawa kita pergi semasa kita sedang beramal secara istiqamah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. 植牙 - Trackback on 2016/09/29/ 12:16