SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51

26 tahun dahulu, iaitu 31 Ogos 1982 kamilah sebagai pelatih MPLP KL sudah tegak di tepi jalan berhampiran Masjid Negara KL seawal jam 2.00 pagi kerana menyertai perarakan Hari Kebengsaan yang ke 25. Merasai perarakan merupakan kenangan yang indah bagi generasi yang lahir pasca merdeka. Walaupun tidak sempat merasai jerit perih perjuangan kemerdekaan yang sehingga ada yang telah tergadai nyawa.Namun begitu, terlibat dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan merupakan satu sumbangan bagi menandakan kecintaan terhadap negara yang tercinta. Sewajibnya setiap warga, khususnya generasi pasca merdeka mempunyai semangat yang sama.

Harapannya supaya sambutan pada kali ini walaupun  kelihatan agak suram tidak menggambarkan kesuraman semangat warganya. Bersempena dengan ulangtahun ke 51 hari yang bersejarah ini, marilah kita mendoakan agar generasi pra merdeka yang telah berkorban hatta nyawa mereka sehingga kita hidup dalam keadaan yang aman,makmur dan berdikari dipahalai oleh Allah s.wt dengan balasan Jannah.

Sejarah telah membukti pengorbanan di sesuatu masa pasti manfaatnya di masa lain. Fikirkanlah apakah yang boleh kita korbankan sekarang untuk manfaat anak cucu kita di masa akan datang ?!

Leave a Reply