SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Edilfiri kepada Pengunjung blog yang amat ku sayangi. Kalian sentiasa dalam doaku bila daku memanjatkan doa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dalam beribadat, agar kita bersua di syurgaNya. Ingatan dari sahabatmu ini agar kita kekalkan solat berjemaah, puasa sunat Syawal diikuti puasa Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud A.S, solat sunat, Qiamulai, zikir pagi petang, tadarus dan tadabur al Quran dan semua yang menunju ke syurgaNya. Mungkin kita tidak bersua di alam fana ini namun, moga Allah kumpulkan di Jannah nanti. Bersungguh-sungguhlah untuk kekal istiqamah, tanpa bersungguh-sungguh kita hari ini sama dengan semalam. Mohon ampun dan maaf. Dari cikgumat insan yang tiada apa-apa tapi mahu ke syurga bersama-bersama dengan orang disayangi.

Leave a Reply