SELAMAT HARI LEBARAN- MAAF JIWA DAN ZAHIR – TERUS ISTIQAMAH DENGAN AMAL SOLEH

Di madrasah Ramadhan kita puasa, solat sunat, zikir, tadarus, tadabur, qiamulai, witir, dhuha, rawatib, tasbih, aedekah, dan semua amalan para solehan kita Cuba amalkan semaksima mungkin. Puasa Ramadhan dan solat sunat terawih sudah tiada, tapi bermacam-macam puasa sunat boleh kita amalkan dengan permulaan puasa 6 Syawal, puasa Isnin dan Khamis, puasa hari yang disunahkan kita berpuasa dan seandai ada kemampuan kita cuba puasa Nabi Daud a.s. Untuk solat sunat ada bermacam solat sunat yang boleh kita teruskan di luar Ramadhan sehingga jika diizinNya kita bertemu di Ramadhan yang akan pasti menjelma seandainya qiamat belum tiba. Begitu juga dengan amalan lain seperti zikir, tadarus, tadabur, qiamulai dan sebagainya yang tidak hanya tertakluk pada bulan Ramadhan! Selamat meneruskan amalan tersebut dengan ISTIQAMAH sehingga kita dipanggil menemuiNya yang detiknya bila-bila masa sahaja. Mudahan puasa dan ibadat yang kita laksanakan sepanjang Ramadhan dikurniakan sebagai ibadat yang mabrur.

Leave a Reply