SELAMAT HARI GURU – MATEMATIK DALAM IBADAT

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang mendidik manusia menjadi insan yang berguna dan bertqwa kepadaNya. Sudah hampir 30 tahun mengajar subjek Matematik. Sama ada kita menyedari atau tidak, Matematik dengan ibadat ibarat isi dan kuku. Boleh dikata semua amalan ibadat berkaitan dengan Matematik. Matematik buka sahaja berkaitan dengan angka tetapi berkaitan dengan logik dan kemungkinan yang akan berlaku. kita biasa mendengar ungkapan ” Jika hari kelihatan mendung, pada matematiknya hari akan hujan”. Bermula dengan ibadat yang difardukan yang menjadi tanda aras utama sebelum amalan diambil kira oleh Allah swt. Dalam ibadat solat dilengkapi dengan banyak pengiraan yang perlu kita lakukan. Pertama kita diperintahkan solat 5 kali sehari.Perhatihan angka-angka yang telah ditentukan dalam solat. Setiap solat fardu ada 2 rakaat, 3 rakaat dan 4 rakaat. Waktu solat merupakan matematik dalam tajuk masa dan waktu yang dipelajari seawal prasekolah lagi. Jika kita tidak mematuhi jumlah angka yang ditetapkan, maka solat kita tidak sah!. Kita wajib membaca sekali surah al Fatihah dalam setiap rakaat, jumlah tahiyat juga ditetapkan dalam setiap solat yang perlu dibaca sebagai rukun. 3 kali bacaan dalam rukuk dan sujud. Begitu juga dalam solat sunat sudah ditetapkan beberapa rakaat dan ada solat yang perlu dilaksanakan dalam jumlah yang ganjil iaitu solat witir. Matematiknya kita kena memahami istilah nombor genap dan ganjil supaya solat sunat kita menepati sunnah! Untuk solat sunat tertentu kita disyorkan membaca sesuatu surah atau ayat atau doa atau zikir dengan jumlah yang tertentu. Sebagai contoh solat sunat awabbin di antara Maghrib dan Isya’ kita disyorkan membaca surah al Ikhlas sebanyak 6 kali pada dua rakaan pertama selepas surah al Fatihan dan diikuti dengan surah al Falak dan An Nas. Begitu juga dengan solat gerhana kita disyorkan rukuk pada setiap rakaat sebanyak 2 kali. Solat sunat tasbih kita perlu membaca 300 kali tasbih pada tempat dan jumlah tertentu sehingga genap jumlah 300 kali tasbih.Sekira kita perhalusi perjalanan solat kita sudah pasti betapa matematik mengiringi setiap perbuatan dan amalan kita dalam solat. Jika kita panjangkan kepada amalan zikir selepas solat, kita akan sebati dengan matematik dalam zikir dan doa selepas solat. Amalan zikir pagi dan petang juga disyor jumlah bacaan tertentu dalam setiap zikir tersebut. Berlanjutan dengan ibadat puasa jumlah hari puasa fardu, sunat Syawal, fidyah, zakat fitrah dan sebagainya yang melibatkan angka-angka.Zakat harta merupakan sepenuh melibatkan angka. Begitu juga dengan ibadat fardu Haji yang melibat syai’ dan tawaf, dam dan sebagainya.Semua ibadat memerlu kepada pengiraan wang sama ada untuk belanja kelengkapan atau pengangkutan sudah semestinya melibat pengiraan dalam bentuk wang! Dan banyak lagi. Kesimpulannya sempena hari guru kita kenalah tingkat ibadat kerana matematik kita kena sentiasa menambah ibadat kita. Konsep yang paling asas dalam metematik adalah penambahan. Maka. sentiasalah membuat penambahan dalam ibadat kita sama ada dalam aspek kuantiti atau penambahbaikan dalam aspek kualiti ibadat kita.

Leave a Reply