SELAMAT BERANGKAT PARA JEMAAH HAJI-MUDAHAN DIKURNIAI HAJI YANG MABRUR

Pagi ini kira jam 5.30 pagi, penerbangan pertama jemaah haji berangkat ke tanah suci. Mereka diraikan dengan iringan polis trafik dari Kelana Jaya sehingga ke pintu pesawat. Pengalaman seolah-oleh rombongan VIP! Namun itulah hakikatnya kebesaran Ilahi meraikan hambaNya yang menerima panggilanNya untuk melaksanakan suruhanNya yang merupakan rukun Islam yang kelima. Maka bermulalah proses untuk mengamit haji yang mabrur yang sebenarnya persiapany sudah bertahun dengan amalan yang istiqamah dan akan diteruskan secara istiqamah sepanjang berada di tanah suci. Ibadat merupakan kerja atau perbuat selepas berniat haji. Dapat melaksanakan setiap perbuatan yang menjadi rukun haji, maka sahlah ibadat haji. Berjalan dan berlari anak semasa tawaf dan sa’ie sebanyak tujuh pusingan merupakan rukun haji. Berjayanya melaksanakan kerja tersebut sama ada dengan daya diri sendiri atau dengan bantuan orang lain selagi berakal waras, maka terlaksanalah sebahagian daripada rukun-rukunnya. Keberadaan kita di Arafah pada saat dan ketikanya yang telah ditetapkan, maka terlaksanalah rukun seterusnya dan ditamatkan denga tahalul. Kerja atau perbuatan ini tidaklah sukar untuk dilaksanakan, asalkan kita masih berada di dalam keadaan waras yang merupakan di antara syarat untuk mengerjakan haji. Jemaah yang sakit dibantu mengikut tahap kesakitannya hatta diusung ke Arafah atau disorong untuk melangkapkan tawaf dan sa’ie. Namun pengisian untuk menggapai haji yang mabrur telah bermula bertahun sebelum menjejak kaki kita ke Mekah al makarramah. Pengisiannya merupakan amalan solat yang sempurna dalam semua aspek samada bacaan, perbuatan serta amalan-amalan sunat dalam solat telah menjadi darah daging dalam kehidupan kita serta perlaksaan solat sunat yang pelbagai samada yang muakad atau bukan muakad. Amalan ini hanya diteruskan denga yang lebih baik sepanjang berada di tanah suci sebagai pelengkap kepada ibadat haji kita. Amalan-amalan sunnah lain seperti tadarus, tadabbur, puasa sunat, sededekah, silaturrahim dan sebagainya diperteguhkan lagi semasa berada di sana. Amalan kiamulai yang menjadi rutin harian sesama sebelum ke sana akan menjadi lebih mudah, malah dapat dimaksimakan lagi memandangkan kita di sana 100% tumpuannya adalah untuk beriabadat kepadaNya. Mungkin sesama di Tanah air kita mempunyai pelbagai alasan dan halangan untuk melaksanakan sepenuhnya suruhanNya, namun di sini alasan tiada lagi kerana di sini kita boleh tumpukan 100 % kepada ibadat tanpa memikirkan hal-hal yang remeh temeh. Semua disediakan makan minum, rawatan perubatan dan sebagainya. Namun yang paling utama ialah menjaga kesihatan ,kerena tanpa kesihatan yang baik menyebabkan perlaksanaan ibadat kita mungkin akan terganggu. Kepada Jemaah yang belum menerima panggilanNya bersedialah dari sekarang dalam semua aspek ilmu berkaitan dengan ibadat bermula dengan bacaan al quran yang betul serta amalan-amalan yang menepati sunnah dengan istiqamah, insya Allah perjalanan haji kita nanti akan lancar. Ingat pengisian ibadat sepanjang mengerjakan haji merupakan kunci kepada kesempurnaan ibadat haji. Kita doakan semua dianiugerahi dengan haji yang mabrur yang balasannya adalah syurgaNya yang Maha luas. Setiap kali menjelma musim haji, hati ini menjadi teruja dan teramat rindu untuk ke sana.

Leave a Reply