SEKECIL MANAPUN AMALAN BIARLAH BERGURU

Fenomena beramal berdasarkan ikut-ikutan menjadi trend buat masa ini. Ikutan dari aspek luaran pada dasar tidak perlu berguru. Apabila melihat orang alim memakai jubah, serban serta meletakkan sehelai lipatan kain di bahu, kita pun ikut. Apakah kita tahun fadhilatnya dan di sebelah mana patut diletakkan di bahu kiri atau kanan. Apabila melihat ada orang meletakkan lipatan kain atau sejadah  kecil di tempat sujud, maka kitapun ikut buat. Niat yang ikhlas untuk mendapat pahala. Apakah apa yang kita ikut secara luaran itu adalah sunnah yang mempunyai dalil?  Kefahaman dan kejelasan sumber yang menyebabkan kita melakukan akan meberi keyakinan kita dalam beribadat walau perbuatan itu pada dasarnya nampak kecil tetapi besar pahala seandanya menepati sunnah. Maka timbalah ilmu secara berguru dari sekecil perbuatan dan bukan mengamalkan secara ikut-ikutan.

Amalan berkaitan zikr selepas solat, ramai yang mengamalkan secara ikutan turun temurun dan jarang bertanya atau berguru setiap bacaan. Bacaan zikr selepas solat nampak mudah diikut dan dihafal namun lebuh afdal jika kita ambil dari seseorang guru dan dan yang lebih afdal dari guru yang alim dan bersanad. Kalau lihat di FB dan Youtube ramai guru-guru yang bersanad keluaran Makkatul Mukarramah,Madinatul Munawarah, Mesir dan sebagai bergerak di seluruh negara untuk menyampaikan ilmu mereka dan ada  jemaah yang tidak mengambil peluang sedangkan para alim ulama tersebut menyampaikan kuliah di surau atau masjid di tepat kita tinggal.

Beramallah dengan ilmu dari guru.

Leave a Reply