SEKARANG ! MUDAHNYA MENCARI ILMU, NAMUN SUKARNYA MENGAMALKANNYA!

Dulu untuk mendapatkan ilmu agama tidak semudah sekarang. Pencari terpaksa merantau jauh. Kita di Malaysia terpaksa merantau mencari pondok-pondok pengajian untuk mendalami ilmu. Untuk lebih alim lagi terpaksa belayar berbulan-bulan untuk ke Makkah atau Mesir. Apatah lagi zaman tabie tabie dan selepasnya. Namun, amalan mereka selari dengan kesukaran mendapatkan ilmu. Sekarang ilmu agama di hujung jari ( internet) atau di depan mata (media elektronik) atau beberapa langkah atau beberapa pusingan tayar kenderaan untuk sampai ke majlis ilmu yang bagai cendawan tumbuh. Melalui media cetak, ada ribuan  buku, majalah, artikal berkaitan ilmu Islam di gedung-gedung perpustakaan atau di toko-toko buku yang dikarang oleh ulama-ulama yang hebat-hebat melalui terjemahan kita turah atau karangan ulama kontemporeri. Hanya mengamalkannya yang menjadi persoalan. Sebagai contoh, kehadiran untuk solat fardu berjemaah di masjid secara istiqamah amat kecil sekalanya jika dibandingkan ramainya yang hadir di majlis ilmu atau menatap bacaan yang berkaitan agama. Berbagai program di media masa yang ditontoh oleh ramai peminatnya namun yang mengamalkannya jauh dari membanggakan! Kenapa ? adakah belajar sekadar untuk tahu atau menangguhkan dulu amalannya? atau rasa sudah cukup dengan amalan semasa? cukuplah sekali datang berjemaah jika ada kelapangan? jika ada kelapangan maka bertadaruslah, sekiranya sibuk tidak payahlah? majlis ilmu kebetulan dekat dengan tempat tinggal kita hadirlah, kalau mencari majlis ilmu nantilah bila ada kelapangan atau bila hari tua nanti ! begitu juga dengan amalan lain seperti doa, zikir dan sebagainya diamalkan apabila ada keperluan, teringat atau ada masa terluang!?. Tidakkah kita ingin merancang secara bersungguj-sungguh dengan kesedaran amalan tersebut adalah penting untuk menghapiri kepadaNya dan mendapat rahmatNya?  Persepsi dan amalan yang cincai dan tidak bersungguh ini kena ubah jika kita ingin mendapat kemanisan dalam beramal.

Leave a Reply