SEKADAR RINDU

Dua tiga tahun kebelakang abahku begitu ceria sekali. Ceria bukan sahaja anaknya berjaya, tapi kini dapat memenuhi minatnya terhadap al Quran. Dari seawal muda sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari sama dengan pemergiaan murabbi ummat (Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat), al Quran adalah sebahagian seperti darah dagingnya. Sentiasa ingin tahu rahsia-rahsia al Quran. Keinginannya meliputi ilmu tajwid sehingga mukjizat isinya dalam semua aspek. Kalau dahulunya perbincangan hanya sehala, iaitu beliau menerang manakala kami mendengar. Namur, kini beliau lebih gembira dan ceria kerana sejak akhir-akhir ini perbincangan dua hala berlaku. Suatu waktu beliau mengemukakan persoalan, kami upaya menjelaskannya, dan menimbulkan persoalan beliau akan menerangkan secara terperinci. Agak terkilan juga kerana beberapa kali beliau menyatakan untuk bersemuka dan mengali ilmu dari guruku tidak kesampaian dek keadaan kesihatannya sejak mutakhir ini tidak mengizinkan aehinggalah beliau pergi mengadap Ilahi. Apabila kami berjumpa akan berlaku perbincangan yang panjang tentang tajwid dan kelebihan al Quran. Mungkin keadaan bagi dirinya agak terbatas untuk Mendalami ilmu berkaitan al Quran , seolah-olah inginkan kami membantunya. Kami amat menyedari sebenarnya ilmu dan amalannya berkaitan al Quran bukanlah tandingan kami, namun kerana begitu minat perasaan ingin tahu dan tidak mahu tertinggal maklumat terkini berkaitan kehebatan al Quran kami penuhi keinginannya sekadar temampu. walaupun beliau sering ke Makkahtumukaramah untuk mengerjakan umrah yang kadangkala lebih sebulan berada di sana, berpuasa sebulan di sana, namun keinginan untuk ke sana bersama kami sering dinyatakan. Kami sering bincang berkaitan solat, terutama aspek rukun dan meraih solat yang khusyu’. Pantang kami melakukan kesalahan dalam rukun solat atau bacaan al Quran, pasti segera dipelbetulnya. Gambarku di dompetmu, mengambarkan rindu dan sayangnyamu padaku yang pasti tidak terbalas olehku kecuali doa untukmu sepanjang masa pastiku kirimkan setiap detik untuk bekalan dalam mendapat rahmatNya dari anakmu yang kurang baktinya. Sekadar rindu dan akan kujelmakan rindu ini untuk hadiah buatmu tenang di alam barzah.Moga kita ke temu di JannahNya ayahandaku. Mohon ampuni anakmu ini.

Leave a Reply