SEKADAR RENUNGAN-Jika boleh dijadikan iktibar

Carilah yang halal walaupun sedikit
Pengalaman sejam lalu betapa tanpa rezeki yang halal kehidupan terhimpit dan kehilangan naluri rasa berdosa dek kerana terbiasa dengan yang haram dan atau dengan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Naik teksi dari airport KB ke Bandar KB- tambang biasa +~RM5, pemandu minta RM30! Katanya “normal price”! Bayar RM8 sahaja, terima juga tapi macam tidak puas hati. Nasib pemandu ini tidak memanjang cerita kalau tidak nahas nanti! Bukan apa, akan lapor JPJ supaya orang lain tidak jadi mangsa. Naik bas tranasional dari KB ke rumah di PCB- tambangnya RM1.70, pemandu tidak mengembalikan bakinya 30 sen. Jumlahnya tidaklah besar! Sedarkah pemandu tersebut walaupun hanya 30 sen namun ianya tidak halal jika tuan tidak redha. Sumber yang tidak terkumpul untuk belanja anak dan isteri. Sekirangnya kita hanya mempunyai wang RM1.40 sahaja sudah pasti perjalanan hanya sebahagiannya sahaja dan untuk jarak 30 sen terpaksa jalan kaki!
Apakah ini puncanya masalah remaja yang sukar mendengar nasihat, saf masjid yang tidak pernah bertambah? Pemakanan yang haram menutup kebenaran ! Kena kaji ni! Ustaz berbuih berceramah, memberi tazkirah, namun situasi kecintaan terhadap agama tidak banyak berubah ! Fikir-fikirkan lah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. wifi analyzer - Trackback on 2016/07/15/ 17:29