SEKADAR INGATAN UNTUK ESOK!

ESOK hari Khamis, dan malamnya malam Jumaat! Besok adalah hari puasa Khamis bagi yang mengamalkan puasa Isnin dan KHAMIS. Kepada yang belum berjinak-jinak dengan puasa sunat, maka bolehlah memulakan atau mencubanya esok! Akan dirasai nikmatnya takkala berbuka puasa malamnya! Akan merasa kepuasannya kerana sepanjang hari kita akan cuba sedaya upaya memelihara dosa mata, mulut dan telinga. Moga hari esok adalah permulaan hari yang terbaik daripada hari lain. Esok juga merupakan latihan kepada diri kita menjaga pancaindera walaupun di luar puasa. Besok juga kita memohon Allah kaburkan doa kita kerana, doa orang yang berpuasa adalah mustajat terutama waktu berbuka. Esok juga kita akan menambah amalan sunat seperti zikir, tadarus, tadabbur, sedekah dan sebagainya kérana kita puasa kita walaupun sunat dipenuhi dengan amalan yang menyempurna puasa kita. Puasa adalah untukNya, maka biarlah kita peesembahkan puasa yang paling terbaik untukNya. Malamnya jangan ketinggalan dengan amalan sunnah seperti tadarus sirah al khafr dan sebagainya. Rancangan pada malam ini. Jadikanlah esok lebih baik dari hari ino.

Leave a Reply