SEKADAR BERDAKWAH DI BLOG!

Dakwah perlu dilaksanakan walaupun satu ayat. Dengan tiada kelayakan rasmi, apatah lagi tauliah, maka medan yang terbuka ialah blog. Di blok tidak memerlukan tauliah. Tauliahnya hanya daripada Allah yang akan dipertanggungjawab di hadapanNya nanti. Dakwah yang di sampaikan hendaklah 100% menepati suruhanNya. Membentang amalan yang disuruhNya. Apa yang dibentangkan hendaklah diamalkan terlebih dahulu. Penulisan sendiri tidak pasti sama ada artikel yang digaralkan di blog ini di tatapi atau tidak, apatah turut diamalkan apa yang ditatapi itu. Harapannya, biarlah hanya seorang sahaja yang menatapi sepanjang penulisan di blog ini, tetapi yang seorang itu mengamalkannya. Mencari pembacaan tidak sukar bagi sebuah artikel yang menarik, begitu menggamit ramai audien untuk mendengar kuliah tidaklah sukar, namun memastikan apa yang dibaca atau apa yang didengari itu diamalkan amatlah sukar. Biarlah hanya seorang pembaca atau seorang pendengar tapi yang seorang ini mengamalkannya sudah membanggakan. Bukan senang untuk istiqmah dengan sesuatu amalan walau paling senang dan ringkas apatah mengajak orang lain istiqamah dengan amalan yang dinukilkan. Mudahan para Pengunjung dapat dengan bersungguh-sungguh mengamalkan saranan amalan secara istiqamah walaupun secara satu persatu. Bermulah dari hanya satu dan tambah lagi satu dan tambah lagi satu dan tambah dan tambah secara istiqamah akhirnya anda menemui kemanisan dalam beramal. Berpahit dahulu, bermanis di kemudian.

Leave a Reply