Seharus Setiap PEJUANG ISLAM Dalam Apa Jua Organisasi Melaksanakan Saranan MB Kelantan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam melahirkan rasa kesal serta kecewa terhadap sikap pemimpin parti itu yang gagal menunjukkan ciri keislaman, seperti dilaungkan parti berkenaan.

Beliau berkata, dalam satu pertemuan dengan pemimpin Pas baru-baru ini, beliau ada mengedarkan borang mengandungi soalan mengenai kekerapan mereka mengerjakan solat secara berjemaah, dhuha dan tahajud.

“Dalam pertemuan dengan pemimpin Pas peringkat pertengahan itu, saya beri borang yang mengandungi soalan berikut iaitu kalau sembahyang jemaah, berapa kali dalam sehari; dhuha berapa kali seminggu dan tahajud berapa kali dalam sebulan.

“Jawapan yang diterima amat memeranjatkan, tidak sedap nyawa (sesak nafas), keadaannya seolah-olah menunjukkan ia tidak ada sebarang perubahan berlaku (dalam mengembangkan syiar Islam) di kalangan pemimpin Pas itu.

“Dalam lebih 200 soal selidik itu, yang sembahyang jemaah ialah antara 14 atau 15 orang saja, sembahyang dhuha jumlahnya rendah dan sembahyang tahajud, lagi rendah,” katanya.

Leave a Reply