SEHABIS BAIK

Hari atau esok merupakan ibadat puasa terakhir pada tahun 1434H. Kita berjaya melaksanakannya tanpa sebarang masalah daripada aspek menahan diri daripada makan dan minum dan kita juga berusaha untuk berpuasa semaksima mungkin dalam aspek menjaga pancaindera dan hati. Kita juga bertungkus lumus melawan nafsu malas beribadat dengan menambah aksesori puasa kita seperti bertadarus, zikir, erat silahturrahim,bersedekah dan sebagaianya. Alhamdulillah seandainya kita dapat laksanakan dengan jayanya. Namun, pada hari yang terakhir ini, marilah cipta rekod baru dalam hidup iaitu jadikan puasa terakhir ini adalah ‘Best of the Best’ sepanjang kita hidup ini. Cubalah Belek buku-buku tentang puasa untuk semakan terakhir sebagai senarai semak untuk mencipta sejarah puasa kita. Jarang orang berfikir, namun cubalah kerana kita tidak pasti kita Akan berjumpa lagi puasa pada tahun hadapan, Mudahan kita semua dianugerahi PUASA YANG MABRUR.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Leave a Reply