SEDEKAH DOA SEMPENA ZULHIJJAH

Untuk menjadi hamba yang soleh setiap muslim di antaranya digalakkan bersedekah atau berinfak dalam bentuk harta benda, tenaga atau buah fikiran atau perbuatan seperti tutur kata yang baik atau yang paling senang sedekah senyum. Namun, di 10 hari terakhir Zulhijjah, bolehkah kita membuat penambahan dengan sedekah doa untuk selain diri sendiri dan keluarga terdekat (anak-anak,ibubapa dan nenek termasuk di sebelah keluarga isteri atau suami). Sedekah kepada keluarga dan semua muslim supaya diampunkan dosa, dimurahkan rezeki, dikurniakan rezeki yang luas, ilmu yang banyak dan bermanfaat, dimakbulkan doa mereka yang bertujuan baik, supaya anak-anak orang lain berjaya cemerlang dunia dan akhirat, dipermudahkan urusan kehidupan, dinaikkan pangkat, diberi kawan dan jiran yang baik. Dan seribu satu doa yang baik-baik untuk orang lain. Bolehkah? Marilah kita jadikan amalan mendoakan orang lain sebagai sedekah harian sepanjang 10 hari terakhir Zulhijjah dan hari seterusnya sehingga kita dipanggilNya.

Leave a Reply