SEBENARNYA BOLEH KITA LAKSANAKAN!

Mengapa kita boleh puasa penuh sebulan dalam bulan Amadeus? Tetapi kita mahu cuba berpuasa Isnin dan Khamis? Ramai yang berjaya khatam al Quran dalam masa sebulan Ramadhan, tapi kenapa kita cuba khatam di bulan luar Ramadhan sekurang-kurang dua bulan sekali? kita berjaya melaksanakan solat fardu ‘isyak secara berjemaah dengan bertakbiratulihram berama imam setiap malan pada Ramadhan, namun kita mengapa ramai yang gagal mengekalkan selepas Ramadhan! Ramai yang berjaya melaksanakan solat sunat rawatib dan diikuti dengan sunat terawih dan witir selama 30 malam berturut! Bukan dua rakaat tapi 21 rakat atau 11 rakaat! Tetapi kenapa tidak ramai yang kekal secara istiqamah solat rawatib dua rakaat selepas ‘isyak?
Suatu lagi Fenomena ialah ramai yang semasa menunaikan haji atau umrah sanggup bangun awal pagi setiap hari sepanjang di sana untuk hadir awal ke masjid untuk Qiamulai serta memastikan solat fardu lima fardu dilaksanakan secara berjemaah samada di Makkah al Mukarramah atau sesasa di Madinatul munawarah! Tapi apabila selesai menunaikan ibadat tersebut dan pulang ke tanah air, amalan tersebut tidak dikekalkan! Apakah amalan itu bermusim? Tidak bolehkah kita kekalkan mementun tersebut sepanjang masa? Jadual kehidupan kita dalam bulan Ramadhan dan di luar bulan tersebut sebenar tidak banyak perbezaannya, tetapi mengapa pada bulan Ramadhan banyak amalan sunat dapat kita laksanakan dengan CEMERLANG tetapi di luar Ramadhan yang perjalanan hidupnya hampir sama, namun kita tidak dapat menambah amalan kita sebagaimana bulan Ramadhan! Pelik juga rasanya! Semasa kita di Makkah al Mukarramah atau di Madinatul munawarah dapat pula kita bangun seawal jama dua atau tiga pagi namun, terlalu sukar untuk kita bangun sekurang-kurangnya satu jam atau 45 minit sebelum Subuh untuk Qiamulai ! Pelikkan? Untuk menghilangkan kepelikan tersebut, mahu tidak mahu kita kena usaha dengan bersungguh-sungguh untuk beramal sebagaimana amalan kita bulan Ramadhan atau pada musim haji atau umrah! Kalaupun tidak 100% peratus pun sekurang melebih 50 % sebagaimana yang kita amalkan di masa tersebut. Bagaimana amalan kita sekarang selepas hampir sebulan Syawal berlalu berbanding pada bulan Ramadhan yang lalu? Atau kita hanya ingin menunggu 11 bulan lagi untuk berada dalam gear lima dalam melaksanakan ibadat kepadaNya? Adakah kita pasti kita masih bernafas lagi atau sesihat semasa Ramadhan yang lepas pada Ramadhan yang mendatang? Kita yang menentukan amalan kita! Kita juga yang bertanggungjawab mengekalkan momentum amalan kita seanjang masa!

Leave a Reply