“Satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”

KENANGAN DI UK

1999, Hizbi UK dan Eire menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai tetamu undangan. Jika Menteri Besar negeri lain, tentu sahaja pihak Kedutaan menyambut VVIP ini di Lapangan Terbang Heathrow. Tetapi tidak bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kami para pelajar yang menyambutnya di Heathrow.

Saya yang ketika itu bermastautin di London menyertai rombongan mengiringi Tuan Guru untuk ke Birmingham. Dalam perjalanan ke sana, kami bermalam di Coventry. Malam itu semua orang tidur dalam keadaan letih. Tanpa diduga, tidak lama menjelang subuh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggerak kami, memaklumkan yang beliau berqiamullail dan jika ada yang mahu bersama, beliau alu-alukan.

Saya menggosok-gosok mata. Terkejut, kehairanan, dan malu-malu alah lalu bangun menyertai qiamullail Tuan Guru.

Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita

– See more at: http://saifulislam.com/2015/02/perginya-murabbi-yang-setia-dengan-kebenaran

 

Bagaimana kita ?

Leave a Reply