SATU PERTANYAAN ?

Masihkah kita ISTIQAMAH dengan amalan kita yang kelmarin, minggu lepas, bulan lepas atau tahun- tahun lepas ? Solat berjemaah bagaimana? Solat sunat malam bagaimana ? Puasa sunat Isnin dan khamis bagaimana ? Zikir pagi Petang bagaimana ? Tadarus dan tadabur al Quran bagaimana? Doa-doa harian bagaimana ? Solat sunat rawatib bagaimana ? Solat sunat 12 rakaat sehari sekurang- kurang sekali seminggu ( ganjarannya Allah akan bina mahligai) bagaimana? Solat tasbih( sekurangnya sebulan sekali) bagaimana? Majlis ilmu( berada di RaudhahNya) bagaimana? Alhamdullah seandainya masih ISTIQAMAH. Jika belum atau masih YO YO silalah berusaha dengan bersungguh- sungguh kerana mungkin besok kita dipanggil mengadapNya. Pastikan kita datang mengadapNya dengan ibadat yang ISTIQAMAH atau sekurangnya kita sedang bersungguh ke arah itu! Segeralah yahkan syaitan di hatimu.

Leave a Reply