SAMPAI BILA KITA MAHU BERTAHAN?

Fenomena yang positif yang kita nampak pada bulan Ramadhan al mubarak ini ialah keinginan meningkatkan amlan sebagai dianjurkan oleh sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kita dapat melihat perbezaan kehadiran ke masjid atau surau untuk solat berjamaah. Ramai mula berjinak dengan kalam Allah. Bagi mereka yang kurang mahir dengan bacaannya maka surah popular yang menjadi amalan ialah surah yasin. Mungkin surah ini biasa dibaca pada malam Jumaat jadi agak lancarlah bacaan walaupun sebahagian menyalahi hukum tajwidnya. Pada mereka oklah tu. Namun, apabila permerhatian yang berterusan kita dapati setiap hari itulah sahaja surah yang ditadarusnya. Memang amalan tersebut amat baik, namun, tidakkah kita ingin tingkatkan (upgraded) bacaan kita dari segi pengayaanya(iaitu penambahan surah) dan tajwidnya. Mungkin mereka ini mempunyai sebab yang mereka sahaja yang mengatahuinya. Namun, secara umumnya kekangan utama menghalang keingin mereka untuk mengayakan lagi baca ialah tidak menguasai bacaan khususnya hukum-hukum tajwid. Persoalanya kenapa tiadak mahu belajar dan sampai mahu bertahan. Kenapa? malas?tiada masa?tiada guru yang sudi mengajar?malu takut kedapatan jahilnya kita?atau apa alasannya? Diri sendiri tentulah mempunyai alasannya dan diri sendirilah mesti membuang alasan tersebut dengan apa cara sekalipun jika kita ingin meresai nikmat tadarus al Quran.
Pengalaman diri sendiri, dulu memang bolehlah tadarus al Quran tanpa mempedulikan hukum hakamnya, namun tidak merasai nikmat bacaannya walau banyak ayat yang dibaca. Apabila sifat keegonan dan malu dalam diri berjaya dibuang untuk datang berguru barulah merasainya nilmat bacaan ayat-ayat al Quran. Marilah kita membuang sifat nagatif tersebut dengan merendahkan diri kita untuk hadir ke kelas al Quran secara serius. Carilah guru dan santuni mereka, insyaAllah kita akan diberiNya nikamat apabila kita bertadarus al Quran. APAKAH KITA INGIN BERTAHAN SAMPAI NYAWA KITA DIPANGGIL OLEHNYA? Masih belum terlambat lagi! Biar kita pulang ke sana dalam keadaan belajar. Kesalahan yang dilakukan dalam masa kita mempelajarinya,kita ada hujah di depanNya.

Leave a Reply