SAMPAI BILA KITA INGIN BERTAHAN DENGAN KEJAHILAN ?

Ilmu fardu ain merupakan suatu kewajipan bagi setiap orang Muslim. Keperluan untuk kesempunaan dalam amal ibadat kita. Alangkah lebih baik jika ilmu itu dapat ditumpangi oleh orang lain. Ilmu bukan untuk bermegah tetapi keperluan untuk diri sendiri, keluarga dan Masyarakat jika ada kemampuan.
Apakah kita akan bertahan dengan amalan solat kita secara ikut-ikutan sahaja? Apakah kita pasti amalan solat yang kita kejakan 5 kali sehari diterimaNya? Walaupun solat yang kita kerja tanpa menepati rukunnya seperti tajwid dalam bacaan Alfatihah dan tahiyat akhir! Bacaan atau perlaksanaan tidak tepat Allah akan maafkan seandainya amalan tersebut kita laksanakan dalam proses belajar. Permasaalahnya ramai muslim terus bertahan dengan amalan sedia ada tanpa mempunyai keinginan untuk membetulkan amalannya.
Sesetengahnya memang mempunyai kerajinan dalam beribadat, namun tanpa ilmu mereka merasa tidak yakin dengan apa yang mereka amalkan. Kesungguhan nya dapat dilihat dari aspek berpakaian seperti berjubah dan sebagainya sepertikerajinan  mengimarahkan masjid, namun dalam keadaan yang tertentu mereka cuba mengelak dari tanggungjawab apabila diperlukan. Mereka ini sebenar bukan tidak hendak ke depan tapi dek kerana tiadanaya ilmu maka begitulah kejadianya. Sampai bila kita ingin bertahan DENGAN kejahilan diri kita ?
Penyelesaiannya ialah buang sifat ego dan malu carilah guru, tuntutlah dengan bersungguh-sungguh sudah pasti kita tidak menyesal. Menyesallah dahulu sebelum kita dipanggilNya dalam keadaan jahil.

Leave a Reply