SAMBUTAN PERAYAAN MAULIDURRASUL VS SAMBUT SUNNAH RASUL SAW

Khamis 12 Rabiul awal 1434H, seluruh dunia akan mengadakan perayaan sambutan maulidurasul s.a.w. Di negara kita perayaannya tidak kurang hebatnya. Semestinya akan dirayakan sambutan meliputi pelbagai peringkatDarin peringkat kariah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Bukan sahaja perarakan, malah berbagai-anugerah diberi kepada tokoh yang terpilih.

Usaha tersebut amatlah dialukan sebagai ‘refresh’ kepada jujungan besar Nabi S.A.W. ini kerana tanpa peringatan tersebut ramai yang mengaku umatnya bukan sahaja tidak mengamalkan sunnahnya malah ada seolah-olah lupa kepadanya, malah yang paling menyedihkan mengingkari sunnah dengan berbagai alasan.

Oleh itu, untuk melengkapkan cinta kita kepada Rasul s.a.w, semestimya tidak ada pertentangan(VS) di antara sambutan perayaan kelahirannya dengan menyambut sunnahnya.Menyambut sunnahnya bermaksud menerima dan mengamalkan semua sunnahnya. Pesannya kepada ummat bahawa selagi berpegang kepada Kitabullah dan sunnahnya kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Leave a Reply