Sambuatan Maulidul Rasul s.a.w

Pelbagai peringkat, pelbagai pihak telah dan sedang merayakan sambutan keputeraan junjungan besar nabi Muhammad s.aw. Peringkat kebangsaan siaran langsung di saluran utama. Menteri dan orang kenamaan berarak sambil “berbual-bual” bukan berarak sambil beselawat. Di peringkat kampung pazanji dan kumpulan berzanji (kadang-kadang lain arabnya) manakala hadiran di luar sibuk bercerita. Sambutan sekadar kebiasaan dan bukan penghayatan begitulah situasinya. Ramai masih jahil tentang pentingnya memahami kenapa sambutan tersebut diadakan walaupun ianya bukan tuntutan yang dibuat sunah nabi s.a.w. Seolah kita mengingati junjung hanya pada hari kelahirannya. Sedangkan memperingati nabi s.a.w yang dituntut adalah setiap masa. Sambutan berbentuk selawat atau melaksanakan segala ajarannya.Apakah nanti akan ditanya “adakah kamu berarak sempena Maulidur rasul s.a.w?” atau ” adakah kamu kamu telah melaksanakan segala ajaran rasul s.a.w?” fikir-fikirlah…..

Leave a Reply