SALAM SEJAHTERA

Semua orang solat akan memalingkan muka 180 darjah ke kanan dan 180 darjah ke kiri. Ini bermakan kita berpusing 360 darjah lengkap. Ini bermakna meliputi 100% jemaah di depan, kanan, kiri dan belakang. Kita disunatkan berdoa untuk kesejahteraan untuk malaikat dan makmum yang di sepanjang pusingan 360 darjah. Sesiapa yang hadir solat berjemaah di masjid akan mendapat doa jemaah yang hadir. Semakin ramai jamaah di sesuatu masjid makin banyaklah doa kesejahteraan dan doa dihindari dari jahanan yang kita perolehi jika setiap jemaah berdoa apabila memberi salam, kecuali jemaah yang tidak mendoakan makmum lain(di sinilah pentingnya ilmu dalam ibadat) seandainya jemaah lain tidak berdoa tidak apa, yang penting kita jadikan doa ini sebagai kelaziman. Walaupun kita berdoa kepada orang lain, namun ganjarannya tetap Allah sediakan juga bagai orang mendoakan orang lain tanpa pengetahuan orang yang kita soakan. Jadikan doa semasa memberi salam sebagai suatu kelaziman dan niatkan di hati untuk kesejahteraan makmum di sebelah kita. Mudahan kita juga didoakan oleh semua makmum yang hadir berjemaah. hadirlah berjemaah Lima waktu. Jadi kumpulan yang sedikit itu.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Sprinkler System - Trackback on 2016/08/26/ 15:48
  2. Best work from Home opportunity September 2016 - Trackback on 2016/09/06/ 09:11
  3. parajumpers jas - Trackback on 2016/11/12/ 06:17