SAKIT

Sakit adalah ujianNya dan jika kita sabar menghadapi ia merupakan penyucian dosa dan satu bonus bagi orang yang berimana. Pertamanya dosa kita disucikan dan kedua dalam keadaan sakit kita mendapat ganjaran terhadap amalan yang lakukan samasa kita sihat walaupun kita tidak melaksanakan kerana halangan dari kesakitan kita. Ujian yang ramai antara kita gagal ialah amalan-amalan yang perlu kita laksana dalam situasi kita sakit dan menyukarkan melaksana sebagaimana semasa kita sihat. Terutamanya ketika ditahan di wad hospital. Kita perhatikan bagi mereka yang jarang di tagan di wad, mereka akan leka dengan lawatan kenalan sehingga melewatkan solat dan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan walaupun sakit seperi berzikir dan sebagainya. Pengalaman sakit, ditahan diwad dan sebagainya hari diambil peluang untuk terus melaksana amalan-amalan yang masih mampu dilaksanakan. Kita jangan beranggapan bahawa tidak semua yang sakit itu berkesudahan dengan mati, namun kita perlu dalam keadaan siap siaga dan bersyukur sehingga selepas sakit dikusniai kesihatan dan bukan kematian. Cara kita menangani situasi yang berlaku pada diri kita merupa perkara yang perlu kita membuat muhasabah diri tentang diri sebelum, semasa dan selepas sesuatu ujian yang diturunkan kepada kita. Jadikan diri kita di antara yang berjaya melepasinya selari dengan kehendakNya.

Leave a Reply