SAKIT

Sakit merupakan ujian kepada orang mengalaminya. Ganjaran pahala sama dengan amalan yang gigih dan ISTIQAMAH semasa kita sihat. Semasa kita sakit banyak amalan suruhannya sukar kita laksana, malah ada masanya langsung kita tidak dapat laksana. Sukurlah seandainya kita masih diberi peluang sihat agar kita berpeluang menambah amalan atau memulakan hidup baru jika amalan masih minima. Bagaimana sekiranya itu noktah hidup? Ini menunjukkan betapa bernilainya kesihatan anugerahNya. Betapa beruntungnya bagi mereka yang menggunakan masa sihat untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaNya dengan amalan wajib dan sunat. Ziarahlah orang sakit dan ambillah iktibar daripadanya. Gunakanlah masa sihamu sebelum mass sakitnya.
Catatan di Wad Puteri, Hospital Zainab II, Kota Bharu.

Leave a Reply