Saintis Sepanyol dakwa temui planet terkecil

MADRID: Ahli kaji bintang Sepanyol mengumumkan bahawa mereka menemui sebuah planet terkecil di luar sistem solar pada jarak 30 tahun perjalanan cahaya dari bumi.

Ahli Sains Sepanyol, Ignasi Ribas dari pusat penyelidikan Saintifik Sepanyol berkata planet yang dikenali GJ 436T dikesan menerusi teknik baru yang akan membolehkan kami menemui planet pertama menyerupai bumi dari segi pergerakan dan orbit dalam tempoh 10 tahun lagi.

Beliau berkata, planet itu dikesan kumpulan diketuainya menerusi tarikan graviti pada planet lain yang dikenal pasti dalam kumpulan bintang sama dengan bintang Leo.

“GJ 436T” mempunyai keluasan lima kali ganda lebih besar daripada bumi dan ini menjadikannya planet terkecil daripada 300 planet di luar sistem solar yang dikesan setakat ini,” katanya ketika mengumumkan penemuan itu.

Beliau berkata, planet baru itu tidak mempunyai hidupan berikutan jarak yang memisahkan ia dari kumpulan bintang iaitu hampir sama jarak bumi dengan matahari. – Agensi

“Untuk membolehkan sesuatu kehidupan wujud, sesebuah planet mesti mempunyai pergerakan yang hampir sama dengan bumi, mempunyai air pada permukaan, sebuah atmosfera dan jarak orbit yang sama seperti bumi,” katanya.

Beliau berkata pengiraan awal mendapati “GJ 436T” berputar selama 4.2 hari bumi dan mengelilingi orbit bintangnya setiap 5.2 hari. – Agensi

(Source – times of India)

Leave a Reply